Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Mr


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
residual propertiessifat residuKejuruteraanKejuruteraan KimiaSifat dasar termodinamik (isi padu, entropi, entalpi, tenaga dalaman, tenaga Gibbs � katakan sifat M) yang ditakrifkan sebagai MR = M � MID, dengan M = nilai sifat sebenar, MID = nilai sifat unggul, MR = nilai sifat residu. Konsep sifat residu boleh digunakan bagi bahan tulen dan juga campuran dan ia berbeza dengan sifat lebihan yang hanya untuk campuran sahaja.
mixed reality (MR)realiti gabungTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTiada
relative molecular massjisim molekul relatifKimiaTiada1. Nisbah jisim satu molekul sesuatu unsur atau sebatian terhadap 1/12 jisim satu atom C-12, dan lazimnya dilambangkan sebagai Mr. Sin. berat molekul. 2. Jumlah jisim atom relatif juzuk atom bagi satu molekul.
pantomimepantomimKesenianDrama dan TeaterPersembahan lakonan tanpa dialog yang hanya bergantung pada pergerakan untuk menyampaikan makna. Pada awal kurun ke-20 pula, pantomim diperkenalkan dan dipopularkan dalam filem oleh Charlie Chaplin. Persembahan pantomim dilanjutkan oleh watak Mr. Bean melalui televisyen dan filem. Pada masa ini, istilah pantomim merujuk kepada teater hiburan yang menyampaikan cerita pari-pari untuk kanak-kanak. Cerita dalam pantomim biasanya mengandungi lagu, muzik, tarian dan jenaka topikal.
viscosity correlationkorelasi kelikatanKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi pelbagai jenis gas dan cecair yang diplot dalam pemboleh ubah suhu terturun, tekanan terturun, dan kelikatan terturun bagi kegunaan praktik pada suhu dan tekanan yang berlainan yang menggunakan pemboleh ubah berikut: Tr = T/Tc, Pr = P/Pc, mr = m/mc, dengan subskrip r = pada keadaan terturun, subskrip c = pada keadaan kritikal, T = suhu, P = tekanan, m = kelikatan.
pantomimepantomimKesusasteraanTiadaPersembahan lakonan tanpa dialog yang hanya bergantung pada pergerakan untuk menyampaikan makna. Pada zaman Romawi purba, pantomim membawa cerita-cerita mitos. Dalam persembahan tersebut, seorang pelakon mengajuk semua peranan watak, sementara korus akan menyanyikan ceritanya. Pada kurun ke-18, pementasan pantomim menjadi hebat dari segi visual dan teknikal. Pada awal kurun ke-20 pula, pantomim diperkenalkan dan dipopularkan dalam filem oleh Charlie Chaplin. Persembahan pantomim dilanjutkan oleh watak Mr. Bean melalui televisyen dan filem. Pada masa ini, istilah pantomim merujuk kepada teater hiburan yang menyampaikan cerita pari-pari untuk kanak-kanak. Cerita dalam pantomim biasanya mengandungi lagu, muzik, tarian, dan jenaka topikal. Lihat juga mimos.
propaganda literaturesastera propagandaKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera yang bersifat didaktik dan politikal. Karya ini bertujuan untuk mempengaruhi pembaca supaya mengambil suatu pendirian atau tindakan tentang isu praktikal seperti perkauman, ekinomi, persekitaran, perang, dan isu sosiopolitik lain yang boleh menarik perhatian umum. Sastera propaganda sering dianggap rendah mutu sasteranya. Namun pandangan ini tidak semestinya tepat kerana banyak karya propaganda mempunyai mutu sastera yang baik, malah ditulis oleh pengarang yang terkenal. Contoh dalam karya Melayu ditemui dalam novel bertajuk Harga Sebuah Maruah oleh Azizi Hj. Abdullah. Novel ini mengisahkan pengambilan tanah secara paksaan oleh pemerintah tetapi ditentang oleh golongan petani yang mempertahankan haknya. Puisi yang berjudul �Keranda 152� oleh Usman Awang pula membicarakan isu bahasa, ketuanan dan kemiskinan Melayu. Contoh lain ditemui dalam drama Mr. Warren�s Profesion oleh Bernard Shaw.

Kembali ke atas