Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Muhd


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Muhd Nazarul Raziman 26HB APRIL 10.33 PTG Muhd Nazarul Raziman Muhd Assalamualaikum Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia. Minta maaf menganggu & nak tanya soalan sikit. Soalan 1. Di Dewan Pustaka & Bahasa belah Selatan iaitu Johor Bahru (larkin) itu tiada yang pegawai bertugas ke? 2. Adakah bila kita hantar permohonan pengiklanan kita atau mengambil pengiklanan tersebut itu kami perlu mengambil melalui Pak Guard tersebut disana? 3. Adakah kita tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan Pegawai yang bertugas di Dewan Bahasa & Pustaka Johor Bahru larkin pada jam 3.30petang? 4. Adakah Pak Guard yang memberikan semua pengiklanan yang telah disahkan oleh Pegawai yang bertugas? 5. Memang tak ada pegawai yang bertugas ke di Dewan Bahasa & Pustaka Larkin tu sebab telefon tak ada orang yang angkat? Saya nak ingatkan dari segi kualiti servis yang diberikan oleh sesetengah golongan minoriti dalam bidang pekerjaan seperti ini. Saya sangat kecewa apabila saya sampai ke Dewan Bahasa & Pustaka Johor Bahru Larkin saya disambut oleh seorang Pengawal Keselamatam dengan tanpa senyum dan tanpa menyambut. Lalu beliau bertanyakan pada saya "nak buat apa?".begitu saja????? Lalu saya terangkan untuk proses penghantaran dan pengambilan lesen pengiklanan yang telah disahkan. Jadi saya pula ingin menambah satu lagi pengiklanan yang sama hanya ada beza sedikit saja dari segi gambar. Lalu Pak Guard tidak membenarkan permohonan saya. Jadi saya memohon bantuan pada Pak Guard tersebut, tapKami ambil maklum aduan tuan dan terlebih dahulu kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi. Untuk makluman, permohonan iklan di DBP Wilayah Selatan dibuat melalui saluran sedemikian kerana kekangan tugas pegawai. Walau bagaimanapun perkara ini kami ambil perhatian dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkenaan untuk menambah baik perkhidmatan yang kami berikan. Kami berusaha untuk mencari penyelesaian dan memberi keselesaan bagi kedua-dua belah pihak.Lain-lain26.04.2017
Muhd Mifdal Mohd Azahar 10.25 PAGI Asalamualaikum ...minta DBP tegur penggunaan bahasa di website imegresen ( Gratis)Waalaikumsalam. Terima kasih atas makluman tuan. Kami akan membuat pemantauan dan memberikan teguran penggunaan bahasa kebangsaan dalam laman web tersebut.Lain-lain03.10.2017
Muhd Shuk Oct 8th, 5:33pm Assalamualaikum admin,saya ingin bertanya.Sebelum ini kakak saya ada menghantar permohonan pekerjaan utk jawatan Perancang Bahasa gred S41.Boleh saya tahu status permohonan tersebut.Nama beliau Kamiliah Ayu Bte Ab.Ghani.Pendidikan,Ijazah Sarjana pendidikan (Bahasa Melayu) & Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Linguistik).TQ.Permohonan ke jawatan Perancang Bahasa S41 telah dibuat penyaringan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Puan Fairuz binti Yaacob, melalui talian 03-21479000/9001 atau e-mel fairuz@dbp.gov.my.Lain-lain08.10.2015
Assalamulaikum, saya Muhd Dhamir dari Universiti Putra malaysia. Saya ingin bertanya kepada saudara bagaimanakah saluran yang betul untuk saya menghantar beberapa karya/esei kepada DBP hasil idea saya sendiri? Terima KasihPihak tuan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Bahagian Buku Umum DBP berkaitan hal ini. Nombor telefon: 03-21479585. Terima kasih.Lain-lain14.01.2018
Salam sejahtera, Haruskah singkatan bagi nama Muhammad (Muhd/Mohd/Md) diikuti dengan tanda titik? Contoh Muhd. / Mohd. / Md. Bagaimana pula dengan nama yang lain seperti Abdul - Abd.? Sekian, terima kasih!

Tidak ada ketetapan khusus berkaitan ejaan penulisan nama peribadi seseorang. Noktah/titik biasanya diletakkan pada singkatan nama peribadi orang Melayu atau Islam yang ditulis dengan singkatan. Antara singkatan yang biasa digunakan dan sudah terkenal serta difahami bentuk nama penuhnya termasuklah Muhd. /Mohd./Md. dan dibaca dengan ejaan penuh nama Muhammad dan singkatan Ab./Abd. hendaklah disebut dan dibaca penuh iaitu  Abdul.

 

Ejaan03.11.2020
Apakah maksud predikat?

Saudara Muhd. Amar,

Ayat terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa23.06.2010
sejarah perakaunan dalam islam??

Sila rujuk bahan ini :

1. Perakauan bank dan syarikat menurut sistem Islam oleh Atiyah Muhammad Kamal terbitan DBP tahun 1992

2. Perlukah perakaunan Islam oleh Muhd Kamil Ibrahim . Majalah Dewan ekonomi (Mei 1995)

Lain-lain26.02.2008
Khaireen Abu Bakar Mar 19th, 3:48pm Salam admin..mohon pencerahan di mana di.Johor Bahru boleh kami dapatkan buku Rupa Dan Jiwa..pengarang Syed Jamal Jaafar Sekian..terima kasihAssalamualaikum. Untuk makluman, tuan boleh menghubungi pejabat DBP Wilayah Selatan sama ada dengan datang sendiri ke pejabatnya di No. 1& 2, Jalan Susur Dato' Muhd. Said Sulaiman 1, Larkin Perdana, Johor Bahru, Johor, ataupun melalui telefon, 07-2365588. Mohon bercakap dengan pegawainya bagi membantu mendapatkan buku yang berkenaan.Lain-lain19.03.2015
SALAM 1 MALAYSIA, ADAKAH DPB MEMPUNYAI CAWANGAN DI NEGERI MELAKA?Untuk pengetahuan sdr. DBP tidak mempunyai cawangan di Melaka. Oleh itu sebarang urusan yang berkaitan dengan DBP boleh dibuat dengan menghubungi pejabat wilayah seperti maklumat berikut;

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
WILAYAH SELATAN

Alamat:

No. 1 & 3,
Jalan Susur Dato' Muhd. Said Sulaiman,
Larkin Perdana,
80350 Johor Bharu,
Johor.
Telefon:
07 - 2365 588
Faks:
07 - 2358 686
Lain-lain01.02.2012

Kembali ke atas