Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Id kep Nahdatul Ulama (parti politik di Indonesia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf ke-13 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol N, n. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata NU


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
NUId kep Nahdatul Ulama (parti politik di Indonesia).Kamus Dewan Edisi Keempat
nuhuruf ke-13 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol N, n.Kamus Dewan Edisi Keempat
me­nu­lisimenulis atau mencatat pd: Ia ~ kertas itu dgn pena.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merunuti1. mengikuti (me­nu­ruti, mengekori) jejak, mengesani: dirunuti­nya tapak itu sampai ke hujung kampung; 2. ki menyelidiki (mengusut) perkara dll: ~ perkara kecurangan dlm pembinaan rumah.Kamus Dewan Edisi Keempat
merunut, merunuti 1. mengikuti (me­nu­ruti, mengekori) jejak, mengesani: dirunuti­nya tapak itu sampai ke hujung kampung; 2. ki menyelidiki (mengusut) perkara dll: ~ perkara kecurangan dlm pembinaan rumah.Kamus Dewan Edisi Keempat
mendasarimenjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan dapat melihat ideologi yg ~ pe­nu­lisannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
runutbekas tapak kaki dll, jejak, alur di tanah (bekas roda pedati dll): ~ harimau; ~ kereta; mendapat ~ mendapat keterangan (bkn per­kara yg sedang diselidiki; putus ~ kehilangan jejak (bekas); songsang ~ Mn sj tenung; merunut, merunuti 1. mengikuti (me­nu­ruti, mengekori) jejak, mengesani: dirunuti­nya tapak itu sampai ke hujung kampung; 2. ki menyelidiki (mengusut) perkara dll: ~ perkara kecurangan dlm pembinaan rumah.Kamus Dewan Edisi Keempat
tulis; bertulis mempunyai tulisan; ada tulisannya; bersurat: Kertas itu sudah ~. menulis 1 membuat huruf dll dgn menggunakan kalam, pensel, pena dll: Murid-murid darjah satu baru saja belajar ~ A, B, C. 2 menyatakan fikiran atau perasaan dgn tulisan; mengarang. 3 membuat kain batik dgn tangan; membatik dgn tangan. tulis-menulis hal-hal menulis, mengarang dsb. me­nu­lisi menulis atau mencatat pd: Ia ~ kertas itu dgn pena. menuliskan 1 menggunakan sesuatu utk menulis: Ia tidak dpt ~ pena itu kerana tidak ber­dakwat. 2 menulis (mengarang, menyurat) utk orang lain: Saya telah ~nya sepucuk surat. tertulis sudah atau telah ditulis; ter­catat. tulisan 1 hasil drpd menulis; sesuatu yg ditulis: ~nya cantik dan bersih. 2 hasil karangan dlm bentuk prosa atau puisi: ~ Enid Blyton sangat disukai oleh kanak-kanak. 3 kain yg dibatik (dgn tangan), bukan dicetak. penulisan perbuatan (hal dsb) menulis atau mengarang. penulis 1 orang yg menulis. 2 pengarang sesuatu hasil sastera.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tajam I1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujung­nya, lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (men­dengar, merasai, dll) dgn cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg orang gunung, Rijnhaard dapat meng­gesek biola spt bapanya itu; 4. mudah me­nang­kap atau mengerti (akal, fikiran), pin­tar, cerdik: ~ juga otak budak sekolah menen­gah ini; 5. kelihatan garang atau galak (pan­dangan, air muka): ia memerhati dgn pan­dangan yg ~; 6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai: walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~ itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; 9. kuat, ber­pengaruh: budi bahasa yg baik ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara: ketidaksamaan taraf sosio­ekonomi akan memperlihatkan perbezaan yg ~ antara sektor; ~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~ mulut suka mengeluar­kan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas dapat mendengar; berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut ma­nu­sia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb, kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb, Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana per­cakapan yg manis sengketa hilang; menajam menjadi tajam: keningnya ber­kerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu; menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur; mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendiri­nya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan men­dalam pasti berfungsi ~ pemikiran; ~ san­ding ki membesarkan perselisihan; adakah duri dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b) musuh tidak perlu diberi pertolongan; ketajaman hal atau sifat tajam: ia ber­tambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu; penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau.Kamus Dewan Edisi Keempat
dasar1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang; 3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya ber­warna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn se­seorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan di­jadikan asas utk menggunting pakaian;berdasar 1. ada (memakai, mempunyai) dasar: kain songket itu ~ biru; 2. berasas, ber­sandar: ~ keterangan-keterangan yg diterima, memang orang itu bersalah; 3. ark = berdasarkan; berdasarkan berasaskan, bersandarkan, ber­landaskan: tulisan saya itu ~ berita yg tersiar di sebuah akhbar; tuduhan yg ~ bukti-bukti yg nyata;mendasar bersifat dasar atau asas: ke­perluan-keperluan yg paling ~ bagi zaman­nya; mendasari menjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan dapat melihat ideologi yg ~ pe­nu­lisannya; mendasarkan menggunakan (memakai) sbg dasar: perkahwinan harus didasarkan pd cinta dan kasih sayang;pendasaran proses menjadikan sesuatu dasar: situasi masyarakat yg saintifik dibantu oleh ~ sifat-sifat sandiwara.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas