Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi natrium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Na


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flux for convective mass transferfluks pemindahan jisim olakanKejuruteraanKejuruteraan KimiaFluks pemindahan jisim yang dijelaskan sebagai NA = kA ?CA, dengan NA = fluks molar spesies a diukur relatif kepada satu set paksi tetap, ?CA = kecerunan kepekatan, kA = pekali pemindahan jisim olakan.
mole fractionpecahan molKimiaTiadaUkuran kuantiti komponen sesuatu campuran. Pecahan mol, X, bagi komponen A diungkapkan sebagai XA = nA/N, apabila nA ialah bilangan mol bahan A dan N ialah jumlah bilangan mol bahan dalam campuran tersebut. Pecahan mol bernilai dari 0 hingga 1 dan jumlah kesemua pecahan, iaitu XA + XB + XC + ... ialah 1.
Boltzmann’s constantpemalar BoltzmannKimiaTiadaPemalar yang dapat diungkapkan sebagai k = R/NA = ?.3805 x 10-23 Jk-1, dengan R merupakan pemalar gas unggul dan NA merupakan nombor Avogadro.
النعمan na‘āmAgama IslamFiqhlihat: الأنعام
sodiumnatriumVeterinarTiadaSimbol: Na. Unsur logam berwarna perak lembut yang diperlukan oleh haiwan untuk mengekalkan imbangan asid-bes dan mengawal isi padu bendalir ekstrasel, terlibat dalam pengecutan otot dan penghasilan cairan hempedu. Unsur ini terdapat di dalam tisu lembut dan cairan tubuh. Unsur ini berkait rapat dan berinteraksi dengan kalium serta magnesium. Kekurangan unsur ini boleh merencatkan pertumbuhan, mengurangkan penghasilan telur pada ayam dan mengurangkan pencernaan protein serta tenaga. Sumber utama unsur ini diperoleh daripada garam biasa.
sodiumnatriumKejuruteraanTiadaUnsur logam bersimbol Na dan bernombor atom 11.
salinitykemasinanPertanianAgronomi

 Kandungan garam seperti sodium (Na), potassium (K), kalsium (Ca) atau magnesium (Mg) yang terdapat dalam tanah, medium tumbuhan atau air. Kemasinan akan mempengaruhi pertumbuhan tanaman. Kemasinan yang terlalu tinggi akan menyebabkan pertumbuhan terjejas kerana keupayaan untuk menyerap air dan nutrien terbantut. Contohnya, tanah yang berada di tepi laut mempunyai kandungan garam yang tinggi menyebabkan kemasinan kawasan. Kemasinan juga boleh berlaku akibat pemberian baja kimia yang berlebihan dan terlalu lama di sesuatu kawasan. Kemasinan diukur dalam elektrokonduktiviti, iaitu decisiemens per metre (dS/m).

glimmerglimerGeologiTiadaKumpulan mineral filosilikat yang mempunyai formula umum (K, Na, Ca)(Mg, Fe, Li, Al)2-3(Al, SiO)4 O10 (OH, F)2, dicirikan oleh kekerasan yang rendah dan ira tapak yang sempurna.
sodiumnatriumKimiaTiadaUnsur logam alkali dalam kumpulan IA (atau 1) jadual berkala, simbol Na, nombor atom 11, berat atom 22.9898, nombor pengokdisaan +1, takat lebur 97.6°C, takat didih 892°C, berbentuk pepejal lembut, berwarna putih, kaustik, mudah teroksida di dalam udara, sangat reaktif, merupakan konduktor elektrik yang baik dan terurai di dalam air untuk membentuk natrium hidroksida. NaOH, dan membebaskan hidrogen. Unsur ini diperoleh secara elektrolisis campuran terlakur natrium klorida dengan kalsium klorida. Natrium digunakan untuk menyediakan natrium hidrida, natrium peroksida dan digunakan juga sebagai mangkin pempolimeran, bahan uji dan bahan pendingin dalam reaktor nuklear.
perchlorateperkloratKimiaTiadaGaram asid perklorik, HC1O4, yang mengandungi ion C1O4‒. Misalnya, natrium perklorat, Na+ C1O4‒.
12345

Kembali ke atas