Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.zi] | نازي

Definisi : ahli Parti Pekerja Sosialis Kebangsaan Jerman yg diasaskan pd tahun 1919 dan men­dapat kuasa politik negeri pd tahun 1933 di bawah pimpinan Adolf Hitler. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.zi] | نازي

Definisi : anggota Parti Sosialis Nasional Jerman yg diasaskan oleh Hitler. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Nazi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-NAZI‘AT

Surah al-Nazi‘at ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-79 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 46 ayat. Surah

ini dinamakan al-Nazi‘at (malaikat-malaikat yang

mencabut) kerana lafaz sumpah yang

menggunakan kalimah tersebut terletak pada

permulaan surah.

UMUM 
AUSCHWITZ

Auschwitz ialah pusat buruh paksa dan

penghapusan yang dilakukan oleh Nazi Jerman

semasa Perang Dunia II (1939–1945). Lebih kurang

satu juta orang mati di Auschwitz dari bulan

September 1941 hingga bulan Januari 1945. Nazi

menggunakan bilik gas dan cara lain untuk

membunuh hampir kesemua mangsa. Manakala

buruh paksa yang lain mati kerana kebuluran atau

penyakit, dan sebahagian yang lain pula dipaksa

berkerja di kilang-kilang berhampiran hingga

mereka mati. Kebanyakan mangsa di Auschwitz

ialah orang Yahudi. Nazi membunuh mereka

sebagai sebahagian daripada rancangan mereka

untuk membunuh semua orang Yahudi di Eropah.

Auschwitz terletak di Poland, berhampiran

sebuah tempat yang kini dikenali sebagai

Oswiecim. Pusat ini terdiri daripada tiga buah kem

tahanan, dibina antara tahun 1940 hingga tahun

1942. Kini, Auschwitz ialah sebuah muzium dan

arkib yang dikekalkan oleh kerajaan Poland.

UMUM 
SPEER, ALBERT

Speer, Albert (1905–1981), mengarahkan

pengeluaran senjata di Jerman pada zaman

pemerintahan Nazi semasa Perang Dunia II (1939 –

1945). Dia menjadi penasihat kepada diktator Nazi,

Adolf Hitler antara tahun 1933 dan 1945.

UMUM 
BUCHENWALD

Buchenwald ialah kem tahanan Nazi yang

terletak di Weimar, Jerman. Pihak Nazi membina

kem ini yang digunakan untuk tawanan politik

dan kaum, antara tahun 1935 hingga tahun 1937.

UMUM 
EICHMANN, ADOLF

Eichmann, Adolf (1906–1962), leftenan

kolonel dalam polis rahsia Nazi Jerman, telah

disabitkan dan dihukum kerana peranannya dalam

membunuh kira-kira enam juta orang Yahudi

semasa Perang Dunia II.

UMUM 
SEYSS-INQUART, ARTHUR VON

Seyss-Inquart, Arthur von (1892–1946) ialah

pemimpin Nazi Austria yang terkenal. Sebagai

penasihat kepada canselor Austria pada tahun

1930-an, Seyss-Inquart mengkhianati negaranya

dan membantu Adolf Hitler merampas Austria.

Apabila Austria menjadi wilayah Jerman pada

tahun 1938, Seyss-Inquart dilantik menjadi

gabenor. Dia memegang jawatan yang serupa di

Belanda semasa Perang Dunia II (1939–1945).

Selepas perang, dia telah dibicarakan dan

digantung di Nuremberg, kerana dasarnya

yang menindas rakyat. Dia lahir di Stannern,

Bohemia.

UMUM 
DACHAU

Dachau ialah salah sebuah kem tumpuan pertama

yang ditubuhkan oleh pihak Nazi di Jerman. Ia

terletak berhampiran dengan bandar Dachau, 16

kilometer dari Munich.

UMUM 
NAZISME

Nazisme ialah pergerakan politik yang

kemudiannya membentuk kerajaan yang

berkembang di Jerman pada tahun 1920-an. Nazi,

yang diketuai oleh diktator Adolf Hitler, menguasai

Jerman dari tahun 1933 hingga tahun 1945.

Nazisme juga bermaksud mana-mana sistem

kerajaan atau kepercayaan politik yang menyerupai

kerajaan Hitler di Jerman. Perkataan ini juga dieja

sebagai Naziisme .

UMUM 
LIDICE

Lidice, nama sebuah kampung di Czechoslovakia

yang dimusnahkan oleh tentera Jerman dalam

tindakan membalas dendam semasa Perang Dunia

II. Lidice menjadi lambang kekejaman Nazi.

UMUM 
MENGELE, JOSEF

Mengele, Josef (1911–1979) ialah doktor Jerman

yang memilih sendiri 400 000 orang tawanan

perang untuk dibunuh di dalam bilik gas di

Auschwitz, kem tahanan Nazi ketika Perang Dunia

II (1939–1945). Dia juga melakukan ujian yang

zalim ke atas banduan, dengan tujuan

menghasilkan satu bangsa yang mempunyai

rambut perang dan bermata biru. Para banduan

menggelarkannya sebagai “Malaikat Maut”.

UMUM 
12

Kembali ke atas