Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.zi] | نازي

Definisi : ahli Parti Pekerja Sosialis Kebangsaan Jerman yg diasaskan pd tahun 1919 dan men­dapat kuasa politik negeri pd tahun 1933 di bawah pimpinan Adolf Hitler. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.zi] | نازي

Definisi : anggota Parti Sosialis Nasional Jerman yg diasaskan oleh Hitler. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Nazi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ex-Nazibekas NaziSejarahTiadaOrang yang telah meninggalkan atau berhenti bergiat dalam kegiatan dan amalan fahaman Nazi, kebanyakannya di Jerman selepas kekalahan Hitler dalam Perang Dunia II.
Nazismfahaman NaziSains PolitikHubungan AntarabangsaDoktrin dan polisi Parti Pekerja Jerman Sosialis Nasional yang memerintah Jerman di bawah pimpinan Adolf Hitler pada tahun 1933 hingga 1945. Anggota parti ini dikenali dengan nama singkatan Nazi. Menurut dogma Nazi, manusia boleh diklasifikasikan secara saintifik kepada kaum yang superior dan inferior. Kaum yang teratas sekali ialah Nordik atau Jerman, iaitu jenis kaum Aryan, manakala kulit hitam dan Yahudi ialah kaum yang paling rendah martabatnya. Golongan Nazi telah menuduh orang Yahudi menghalang pembentukan bangsa tuan dalam kalangan kaum Aryan. Mereka menuduh orang Yahudi Jerman telah berpaling tadah terhadap Jerman semasa Perang Dunia Pertama. Semasa Perang Dunia Kedua, golongan Nazi telah memaksa dogma dan sistem mereka ke atas Eropah. Berjuta-juta orang Yahudi, Rusia dan Poland telah dibunuh dan dijadikan buruh paksaan. Walau bagaimanapun, kekalahan dan kejatuhan tentera Jerman dalam Perang Dunia Kedua telah menyelamatkan Eropah daripada kekejaman Nazi dan fahaman Nazi telah diharamkan di negara Jerman pada masa tersebut.
Nazism (National Socialism)faham NaziSains PolitikTiadaTiada
Nuremberg TribunalTribunal NurembergSains PolitikHubungan AntarabangsaTribunal yang terdiri daripada hakim Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Kesatuan Soviet dalam Perbicaraan Jenayah Perang pada tahun 1945�1946. Perbicaraan ini melibatkan 20 orang pegawai atasan Nazi atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan semasa kekuasaan Nazi di Eropah. Beberapa orang daripada pegawai ini telah dihukum mati oleh tribunal ini. Nuremberg telah menjadi satu contoh teladan dalam perbicaraan jenayah perang, dan beberapa perbicaraan lain telah dilaksanakan selepasnya seperti perbicaraan jenayah perang Tokyo selepas kekalahan Jepun, perbicaraan Eichmann (1961) dan tribunal jenayah perang Bosnia dan Rwanda.
axis powerkuasa paksiSains PolitikHubungan AntarabangsaGelaran yang diberikan kepada pasukan berikat pimpinan pihak Nazi Jerman yang bersekutu dengan Itali. Pakatan kuasa ini ditubuhkan pada tahun 1936. Kedua-dua kuasa ini menentang fahaman komunis serta peralihan politik Sepanyol yang menjadi negara republik. Dasar ini dimeterai dalam perjanjian pertahanan bersama yang ditandatangani pada tahun 1939. Jepun menyertai paksi ini pada tahun 1940. Tiga kuasa utama pasukan berikat ini dikenali juga sebagai Paksi Rom-Berlin-Tokyo. Selain tiga kuasa utama ini, pakatan kuasa ini turut disertai oleh Hungary, Romania Slovakia dan Bulgaria.
anti-Semitismfaham anti-YahudiSejarahTiadaFahaman permusuhan dengan orang-orang Yahudi yang dianuti oleh golongn Nazi yang muncul pada pertengahan abad ke-19.
destructionpemusnahanSejarahTiadaTindakan atau proses memusnahkan objek kebendaan atau bukan kebendaan sehingga pupus seperti yang dilakukan oleh tentera Nazi sewaktu perang dunia kedua.
conquermenakluk; taklukSejarahTiadaPerbuatan menakluk atau merampas biasanya harta atau negara secara paksaan dan kekerasan seperti dasar peluasan kuasa oleh kuasa Nazi denga menakluk negara-negara di benua Eropah.
holocaustholocaustSains PolitikHubungan AntarabangsaIstilah yang digunakan oleh sejarawan Yahudi untuk merujuk kepada peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi oleh rejim Nazi pimpinan Hitler. Peristiwa ini dinamakan oleh mereka sebagai penyelesaian akhir.
persecutiontindas terusSejarahTiadaPerihal penindasan atau penganiayaan seseorang atau kumpulan biasanya kerana kepercayaan agama seperti penindasan ke atas orang Yahudi oleh kumpulan Nazi.
12

Kembali ke atas