Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi neodimium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Nd


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEODIMIUM

Neodimium ialah unsur kimia yang mempunyai

simbol Nd. Ia adalah logam yang tergolong dalam

kumpulan nadir bumi. Nombor atomnya ialah 60.

Berat atomnya ialah 144.24. C. F. Auer von

Welsbach dari Austria menemui unsur ini pada

tahun 1885. Dia mengasingkan unsur yang dikenali

sebagai didimium kepada neodimium dan

praseodimium. Neodimium melebur pada 1021 o C,

dan mendidih pada 3074 o C. Ia mempunyai

ketumpatan 7.003 gram per sentimeter padu pada

25 o C. Logam ini boleh disediakan melalui

elektrolisis garam halidanya, atau melalui

penurunan garam ini oleh logam bumi alkali ini

dengan menggunakan haba. Industri seramik

menggunakan garam neodimium untuk

mewarnakan kaca dan dalam serlis. Logam ini

wujud dalam logam misch , iaitu aloi yang

mempunyai banyak kegunaan, dan dalam laser Nd-

YAG yang penting.

UMUM 
SONAR

Sonar ialah peranti yang menggunakan tenaga

bunyi untuk mengesan objek, mengukur jarak

arah, dan kelajuannya; malah menghasilkan

gambarnya. Perkataan sonar berasal daripada

perkataan Inggeris sound navigation and ranging.

UMUM 

Kembali ke atas