Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
negara (kata nama)
Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua, nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Negara Bangsa perlu diletakkan sempang atau tidak? Cth. Negara-BangsaNegara bangsa dieja terpisah iaitu negara bangsa.Ejaan13.09.2006
Apakah maksud istilah 'negara bangsa' dalam frasa 'citra negara bangsa'. Bolehkah 'negara bangsa' digunakan untuk menggantikan perkataan 'bangsa'. Apakah perbezaan di antara kedua-dua perkataan?Istilah negara bangsa bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Negara bangsa merupakan suatu istilah yang sama sekali berbeza dengan bangsa kerana bangsa hanya merujuk kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan.Istilah19.12.2008
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya hendak tanya ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut.    Tatabahasa02.02.2010
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya ingin bertanya. Ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut.    Tatabahasa02.02.2010
Pengertian Kesusasteraan Melayu dalm konteks pembelajaran sekolah menengah atas?

Subjek Kesusasteraan Melayu ditawarkan di sekolah menengah atas adalah untuk membina negara bangsa yang merangkumi jati diri bangsa, tamadun bangsa, nilai-nilai murni, elemen perpaduan antara ras dan etnik, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana dalam karya kesusasteraan tedapat unsur-unsur seperti hiburan, falsafah, ilmu pengetahuan, keindahan, nilai-nilai murni dan sebagainya. Justeru, untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik pembinaan negara bangsa, saudara disarankan supaya membaca Dasar Pendidikan kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Dasar Pembangunan Wawasan. 

Lain-lain13.04.2008
pengetahuan ilmu sains dan teknologi ICT sangat-sangat dituntut dalam membina negara bangsa dewasa ini. oleh itu bidang ilmu kesusasteraan wajar dikesampingkan.BahaskanPertanyaan saudara lebih berbentuk soalan esei. Saudara dinasihati membuat pembacaan,rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu atau di perpustakaan di tempat saudara.Lain-lain25.07.2008
Tolong jelaskan kita gunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia,yang mana satu....kerana sekarang ngara kita adalah Negara Bangsa!Bahasa Melayu digunakan untuk merujuk bahasa kebangsaan  dalam Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun bahasa Malaysia digunakan sebagai istilah rasmi untuk menyemai rasa kekitaan dalam masyarakat pelbagai kaum.    Lain-lain11.01.2008
Tuan, Saya ingin tahu perkataan "negarabangsa" bagaimanakah dieja mengikut ejaan yang betul? Saya telah menyemak di bahagian carian kata tetapi tiada rekod terima kasih.Negara bangsa dieja dua perkataan. Harap maklum.Ejaan01.08.2008
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU.Sila rujuk bahan ini : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996Lain-lain13.10.2008
apakah yang dimaksudkan dengan 'Bahasa Cemerlang, Bangsa Gemilang, Negara Terbilang' dan apakah skop petikan ini?Slogan 'Bahasa Cemerlang, Bangsa Gemilang, Negara Terbilang' merupakan slogan penting dalam usaha menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju, gemilang dan terbilang. Bermula dengan bahasa kebangsaan, menurut Pendeta Za'ba : 'Bahasalah yang akan dapat menambah kepandaian ilmu bangsanya kerana hanya bahasa yang boleh menjadikan manusia berilmu dan berakal'. Menurut Dato' Dr Hassan Ahmad : 'Asas pembangunan dan kemajuan negara kita bergantung pada setakat manakah bangsa kita mempunyai kekuatan dan keupayaan ilmu dan pengetahuan untuk menciptakan kemajuan itu dalam dan melalui bahasa kita. Kita tidak boleh bergantung selama-lamanya pada ilmu yang diimport sahaja kerana kadang-kadang ilmu yang diimport dari luar itu tidak dapat disesuaikan dengan keadaan kita, dengan keperluan, tujuan dan matlamat pembangunan kita'. Oleh itu, melalui penguasaan bahasa kebangsaan yang cemerlang khususnya dalam mengejar ilmu pengetahuan, akan menjadikan bangsa kita gemilang, yang impaknya amat besar dalam  pembinaan negara-bangsa terbilang.Lain-lain23.02.2008
12345678910...

Kembali ke atas