Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
negara (kata nama)
Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua, nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTUBUHAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

Pertubuhan Pembangunan Industri

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(UNIDO–United Nations Industrial Development

Organization) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu (PBB) yang menggalakkan

perindustrian di negara membangun.

UMUM 
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(PBB) ialah pertubuhan yang berperanan ke arah

perdamaian dan keselamatan dunia serta kebaikan

manusia. Hampir kesemua negara merdeka di

dunia menjadi anggota PBB. Setiap negara anggota

menghantar wakilnya ke ibu pejabat PBB di New

York City dan di sana mereka membincangkan dan

mencuba menyelesaikan masalah.

UMUM 
LIGA BANGSA

Liga Bangsa, satu pertubuhan negara-negara

antarabangsa yang ditubuhkan untuk mengekalkan

keamanan di kalangan negara-negara di dunia.

Negara yang menang dalam Perang Dunia I

termasuklah Perancis, Great Britain, Itali, Jepun dan

Amerika Syarikat telah merangka satu covenant

(perlembagaan) untuk Liga tersebut pada tahun

1919. Liga tersebut telah ditubuhkan pada bulan

Januari 1920, dan beribu pejabat di Geneva,

Switzerland. Presiden Woodrow Wilson dari

Amerika Syarikat merupakan ketua perancang bagi

Liga berkenaan tetapi dia tidak berjaya memujuk

Amerika Syarikat menyertainya. Liga itu telah

dibubarkan pada bulan April 1946 dan digantikan

dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

UMUM 
PERTUBUHAN MAKANAN DAN PERTANIAN

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)

ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Nama penuhnya ialah Pertubuhan Makanan dan

Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Agensi

ini berusaha untuk memperbaik pengeluaran,

pengedaran, dan penggunaan makanan dan lain-lain

keluaran ladang, hutan dan perikanan di dunia.

Matlamatnya termasuk meningkatkan paras

pemakanan dan taraf hidup manusia, terutamanya

orang miskin di luar bandar. Lebih kurang 160

negara menganggotai pertubuhan ini.

UMUM 
MUZIK ARAB

Muzik Arab. Orang Arab telah mengenal muzik

sejak zaman silam seperti bangsa-bangsa lain.

Bahkan mereka juga menulis pengetahuan

mereka tentang muzik seperti yang dilakukan oleh

bangsa-bangsa lain. Terdapat ramai pemuzik Arab

yang terkenal di seluruh negeri Arab sepanjang

zaman. Muzik Arab banyak terpengaruh dengan

alunan muzik kawasan sekitarnya. Tetapi pada

masa yang sama muzik Arab juga banyak

mempengaruhi muzik-muzik kawasan

berhampiran. Bahkan ia juga mempengaruhi

muzik-muzik di negara-negara Eropah.

UMUM 
PIAGAM JAKARTAPIAGAM JAKARTA, persetujuan yang dicapai antara nasionalis Islam dengan nasionalis (kebangsaan) Indonesia mengenai pembentukan negara bangsa Indonesia menjelang pengisytiharan kemerdekaan Indonesia. Persetujuan ini telah dicapai oleh Badan Penyelidik Usaha-Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI), iaitu satu panitia yang telah dibentuk pada 28 Mei 1945. Pada sidang kedua BPUPKI, satu panitia kecil telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya terdiri daripada Sukarno, Mohammad Hatta, A.A. Maramis, Abiskusno Tjokrosujoso, Abdul Kahar Muzakar, Haji Agus Salim, Ahmad Subardjo, Wahid Hasjim dan Muhammad Yamin. Pada 22 Jun 1945, panitia ini berjaya mencapai suatu modus persetujuan yang kemudian dikenal sebagai Piagam Jakarta (Jakarta Charter). Kandungan Piagam Jakarta hampir sepenuhnya tercermin dalam Pembukaan Undang-Undang Dasar 1945 (UUD 45), iaitu sistem pemerintahan negara Indonesia. Modus persetujuan itu juga mempengaruhi rumusan rancangan UUD bagi Indonesia merdeka.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PERANG KOREA

Perang Korea (1950–1953) ialah perang pertama

yang melibatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB) dari segi ketenteraan.

Perang Korea bermula pada 25 Jun 1950 apabila

tentera komunis Korea Utara menyerang Korea

Selatan. PBB menganggap pencerobohan itu

suatu pencabulan terhadap keamanan

antarabangsa dan menuntut agar pihak komunis

berundur dari Korea Selatan. Apabila pihak

komunis meneruskan peperangan, PBB meminta

negara-negara anggotanya supaya memberi

bantuan ketenteraan kepada Korea Selatan.

UMUM 
PERTUBUHAN BURUH ANTARABANGSA

Pertubuhan Buruh Antarabangsa

(International Labour Organization (ILO)) ialah

agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

yang memperjuangkan kebajikan pekerja. Kira-kira

150 negara menganggotai ILO. Pada tahun 1969,

organisasi ini menerima Hadiah Nobel untuk

keamanan kerana usahanya.

UMUM 
PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health

Organization [WHO]) ialah agensi khas Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu. Pertubuhan ini membantu

menubuhkan sistem kesihatan yang lebih baik di

seluruh dunia, terutama di negara membangun.

UMUM 
DEKLARASI SEJAGAT HAK ASASI MANUSIA

Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia

diterima oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948.

Ia mengandungi tanggungjawab sivil, ekonomi,

politik dan hak sosial serta kebebasan setiap

manusia di dunia ini. Deklarasi Sejagat Hak Asasi

Manusia ini menyatakan bahawa semua manusia

dilahirkan bebas dan mempunyai maruah dan hak

yang sama. Pengenalannya menyatakan bahawa

deklarasi ini dibuat berfungsi sebagai standard

umum pencapaian untuk semua manusia dan

semua negara.

UMUM 
1234

Kembali ke atas