Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
negara (kata nama)
Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua, nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nation-statenegara bangsaSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang ditubuhkan berasaskan satu bangsa yang mempunyai pemerintah, kedaulatan dan sempadan yang jelas. Dalam negara ini, undang-undang dan dasar pemerintahan dibentuk sesuai dengan aspirasi atau kehendak bangsa yang menghuni negara tersebut. Negara bangsa dianggap sudah terbentuk apabila warganegaranya merasakan mereka merupakan satu bangsa yang mendukung tamadun dan budaya yang sepunya dan tidak lagi menonjolkan isu seperti tuntutan pemisahan wilayah, perbezaan dan konflik ras, minoriti, keterpinggiran dan diskriminasi. Walaupun wujud perbezaan kaum, agama atau bahasa dalam negara ini, kemajmukan ini masih boleh bersatu dalam satu bangsa. Namun begitu, kewujudan satu bangsa yang sepadu dalam sebuah negara agak sukar dicapai kerana dalam kebanyakan negara, isu-isu di atas masih wujud dan sukar diatasi. Contoh negara bangsa yang berjaya ialah Jepun dan Korea Selatan.
nation-statenegara-bangsaSains PolitikTiadaTiada
nation-statenegara-bangsaSejarahTiadaTiada
nation statenegara bangsaSains PolitikTiada-
nation-statenegara-bangsaSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
ethnocentrism studykajian etnosentrismePsikologiPsikologi UmumKajian tentang kecenderungan individu untuk melabel atau membuat pertimbangan yang biasanya berasaskan prasangka yang negatif terhadap etnik, budaya atau negara bangsa lain menurut perspektif bangsa masing-masing. Contohnya, masyarakat Barat sering menganggap budaya mereka lebih baik daripada budaya masyarakat Timur.
colonialkolonialSains PolitikPolitik PerbandinganNegara atau bangsa yang menjajah masyarakat atau negara lain. Penjajah biasanya terdiri daripada bangsa atau negara yang kuat dari sudut ketenteraan, ekonomi, sosial dan politik. Konsep ini berkembang seiring dengan kemunculan konsep negara bangsa di Eropah pada abad ke-13 yang membawa kepada kemunculan beberapa bangsa atau negara yang melakukan penjajahan secara langsung terhadap masyarakat luar Eropah seperti di Afrika, Amerika Latin, Timur Tengah dan Asia dari abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Namun begitu, tidak semua bangsa atau negara Eropah itu penjajah. Contoh negara kolonial ialah Sepanyol, Perancis dan Great Britain.
Charter of the United NationsPiagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTriti yang menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945 selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Draf asal piagam disediakan oleh empat negara kuasa besar dunia, iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, Great Britain dan China dalam Persidangan Dumbarton Oaks dan Yalta. Negara-negara lain kemudiannya dipelawa untuk menyertai perundingan dalam Persidangan San Francisco dan piagam tersebut dimeterai oleh semua negara anggota. Piagam tersebut memperuntukkan prinsip dan fungsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai satu triti, piagam tersebut memperuntukkan larangan terhadap penggunaan kekerasan seperti peperangan kecuali langkah keselamatan bersama dan pertahanan diri.
development administrationpentadbiran pembangunanPentadbiranPentadbiran Awam

Pengukuhan dan penambahbaikan teknik, proses dan sistem bagi meningkatkan keupayaan pentadbiran sesebuah negara. Pentadbiran pembangunan mengandaikan pemodenan negara bergerak seiringan dengan struktur birokrasinya. Menurut Lucien Pye, birokrasi yang berkesan boleh menyumbang kepada pembinaan negara bangsa. Pentadbiran pembangunan berkembang pada tahun 1950-an hasil penggabungan bidang ekonomi klasik dengan bidang pentadbiran awam.

international organizationpertubuhan antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan yang diwujudkan oleh negara-negara melalui satu triti antarabangsa, misalnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pertubuhan antarabangsa mempunyai keperibadian undang-undang antarabangsa. Pertubuhan antarabangsa diwujudkan bagi tujuan umum atau tujuan khusus. Pertubuhan yang mempunyai tujuan umum seperti PBB menggalakkan kerjasama politik, ekonomi, sosial, ketenteraan dan kebudayaan, manakala pertubuhan yang mempunyai tujuan khusus seperti Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) memberikan tumpuan kepada hak pekerja.
12345678910

Kembali ke atas