Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di barat daya Seme­nanjung, keluasan 6643 km2, Seremban sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
negeri
Rujuk :negara

Puisi
 

Sembilan belas kereta pedati,
     Hendak pergi negeri China;
Kalau abang rasa nak mati,
     Adik hendak mati bersama.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang ayat ini 'saya berasal dari NEGERI SEMBILAN' ataupun 'saya berasal dari negeri NEGERI SEMBILAN' saya musykil kerana kebanyakan orang akan menjawab saya berasal dari negeri sembilan sahaja tidak jawab dalam saya berasal dari negeri negeri sembilan sila berikan sebab sekali atas jawapan yang diberi terima kasih .

Menurut data kami, ayat yang betul ialah "Saya berasal dari Negeri Sembilan"
Lain-lain01.10.2016
sejarah dialek negeri sembilan, perbezaan dialek negeri sembilan dengan bahasa baku?Sejarah dialek Negeri Sembilan (NS) semestinya sama dengan sejarah NS. Sila rujuk buku Sejarah Negeri Sembilan. Perbezaan dialek NS dengan bahasa baku ialah, dialek NS dituturkan oleh orang Negeri Sembilan dan dialek ini tidak digunakan dalam situasi rasmi. Bahasa baku ialah bahasa standard yang dituturkan dalam situasi rasmi, di seluruh negara. Bahasa Melayu baku juga ialah bahasa pengantar yang digunakan di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi.Lain-lain24.01.2007
Jika kita nak tulis deskripsi sesebuah surat hakmilik, betulkah jika kita tulis: contoh: Mukim Petaling, Daerah Seremban, Negeri Negeri Sembilan atau Mukim Petaling, Daerah Seremban, Negeri Sembilan? Kerana kita perlu masukkan perkataan seperti Bandar, Pekan, Mukim, Negeri dsb di hadapan. Oleh itu, untuk Negeri Sembilan perlu ada Negeri Negeri Sembilan juga ke?

Persoalan ini melibatkan implikasi perundangan dan untuk mendapatkan jawapan yang tepat soalan ini  perlu diajukan kepada pihak yang lebih berautoriti  seperti  pejabat tanah, dan mahkamah yang berkaitan.

Lain-lain16.06.2022
yang mana satu betul, perkataan 'Yang-dipertua Negeri, Sembilan' atau 'Yang-dipertuan Negeri, Negeri Sembilan'? dan 'Ramadan' atau 'Ramadhan'?Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan RamadanEjaan01.12.2006
Kelab Teater Negeri Sembilan MEMOHON PENAJAAN/SUMBANGAN UNTUK FESTIVAL TEATER PENDEK NEGERI SEMBILAN 2016 Assalammualaikum Tuan/Puan, Maaf mengganggu, Saya MohdFazreen Bin Mohd, Setiausaha bagi Kelab Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan ingin bertanya bagaimana caranya untuk pihak kelab kami memohon penajaan/sumbangan daripada pihak tuan/puan untuk menjayakan Festival Teater Pendek Negeri Sembilan 2016 pada 9 Januari 2016. Untuk makluman ringkas Tuan/Puan, Kelab kami yang akan mengendalikan Festival tersebut dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Sembilan. Segala perhatian Tuan/Puan terhadap perkara ini amat kami hargai. Yang Menjalankan Tugas, MOHD FAZREEN BIN MOHD SETIAUSAHA KELAB PENGGIAT SENI TEATER NEGERI SEMBILAN. Email : kelabteater_n9@yahoo.com.my 011-23134619Untuk pertimbangan selanjutnya, kemukakan permohonan secara rasmi kepada Tuan Haji Razali Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala LumpurLain-lain10.12.2015
Apakah bentuk kata bagi perkataan Pulau Pinang dan Negeri Sembilan?Pulau Pinang dan Negeri Sembilan merupakan Kata Nama Khas.Lain-lain15.07.2018
Saya ingin mengetahui format bold yang betul bagi penulisan alamat rasmi, sama ada 70400 SIKAMAT - diboldkan Negeri Sembilan atau 70400 SIKAMAT Negeri Sembilan - diboldkanTidak menjadi kesalahan untuk bold atau tidak pada penghujung alamat tersebut. Oleh itu, tuan boleh mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh kementerian/Jabatan tuan. 
 
Walau bagaimanapun, garis panduan penulisan surat rasmi kerajaan adalah seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2007. DBP sebagai salah sebuah agensi kerajaan mematuhi garis panduan tersebut dan  menggalakkan agensi awam yang lain mematuhi garis panduan ini. 
Lain-lain18.01.2021
saya ingin bertanya adakah betul struktur/pengunaan bahasa bg ayat ini Pasukan negeri Sembilan menjulang kejayaan piala Malaysia tahun 2011.Pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia tahun 2011.Tatabahasa06.06.2013
Akhbar The Star sering menggunakan Negri berbanding Negeri untuk kata nama khas Negeri Sembilan. Mereka juga sering menggunanaka perkataan Mentri bagi merujuk kepada Menteri. Adakah ini boleh diterima?Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah Negeri Sembilan dan menteri. Berdasarkan rujukan kami banyak teks bahasa Inggeris menggunakan ejaan Negeri Sembilan (di samping Negri Sembilan), manakala ejaan menteri diterjemahkan kepada minister.Ejaan15.11.2011
Dalam dialek Negeri Sembilan, perkataan bondar merujuk kepada kawasan tepi tali air di kawasan sawah. Oleh itu, saya mencadangkan agar perkataan bondar ini didaftarkan dalam kamus dewan sekiranya tiada lagi wujud perkataan tersebut dalam daftar kamus dewan.1. Kata dialek Negeri Sembilan bondar masih belum terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Sidang editor akan mempertimbangkan cadangan pemasukan kata ini.

2. Dalam bahasa baku, kata bandar yang membawa makna yang hampir sama dengan kata bondar tersebut telah dirakamkan dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 196). Makna bandar tersebut diperturunkan seperti yang berikut:

bandar2 n bandar air;

bandar air saluran air yg agak kecil di kawasan sawah utk mengalirkan air ke dalam atau ke luar petak sawah; tali air;

bandar sampah parit tempat membuang sampah;

upah lalu bandar tak masuk prb tidak sedikit pun mendatangkan hasil;

membandarkan kt [psf: dibandarkan, bandarkan] mengalirkan (air) ke sst tempat;

membandarkan air ke bukit prb melakukan pekerjaan yg sia-sia;

bandaran n bandar air: Bandaran sawah itu sudah ditutup.

Lain-lain25.08.2022
123456

Kembali ke atas