Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : penduduk asli Semenanjung Malaysia, yg tinggal di pedalaman utara Perak dan Kelantan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Negrito


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Mohon pencerahan. Bagaimanakah mahu mengenal pasti perkataan "orang asli" ditulis menggunakan huruf besar di pangkal kata atau sebaliknya. Contohnya, "Orang Asli", "orang Asli" atau "orang asli". Sekiranya, perkataan "Orang Asli Negrito", adakah semua huruf pada pangkal kata perlu menggunakan huruf besar? Terima kasih.Untuk makluman, orang asli bermaksud penduduk asal sesebuah negeri. Sehubungan dengan itu, perlu ditulis menggunakan huruf kecil, kecuali jika diletakkan di permulaan ayat atau selepas titik, perkataan "O" perlu ditulis dengan huruf besar. Jika merujuk kepada kepada sesuatu kaum, tetap juga perlu ditulis dengan huruf kecil. Contoh, orang asli Negrito.Ejaan17.11.2016
Selamat sejahtera Saya ingin mertanya. ejaan untuk masyarata Orang Asli di tulis dengan huruf besar atau huruf kecil - orang asli.

Untuk makluman, orang asli bermaksud penduduk asal sesebuah negeri. Sehubungan dengan itu, perlu ditulis menggunakan huruf kecil, kecuali jika diletakkan di permulaan ayat atau selepas titik, perkataan "O" perlu ditulis dengan huruf besar. Jika merujuk kepada kepada sesuatu kaum, tetap juga perlu ditulis dengan huruf kecil. Contoh, orang asli Negrito.

Ejaan26.07.2019

Kembali ke atas