Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : penduduk asli Semenanjung Malaysia, yg tinggal di pedalaman utara Perak dan Kelantan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Negrito


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JAHAI

JAHAI, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Semang-Negrito. Sebahagian besar masyarakat Jahai terdapat di bahagian timur negeri Perak, manakala selebihnya di bahagian barat laut negeri Kelantan. Bagaimanapun, mereka bergerak bebas di dalam kawasan atau wilayah Jahai di kedua-dua negeri ini tanpa dibatasi konsep hak mutlak ke atas tanah atau kawasan.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
BATEKBATEK, satu kelompok suku bangsa Negrito yang terdapat di sekitar bahagian hulu Sungai Tembeling dan Sungai Kechau di Pahang; dan di Sungai Galas, Sungai Chiku, Sungai Taku, Sungai Lah, dan Sungai Lebir di Kelantan serta Sungai Besut di Terengganu.BUDAYAKonsep
KENSIU

KENSIU, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Semang-Negrito.  Masyarakat yang menggunakan bahasa serumpun dengan Mon-Khmer ini kadang-kadang juga dikenal sebagai Kensieu atau Kenseu, manakala pengkaji awal merujuk mereka sebagai Semang Barat.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
SEMANG

SEMANG,  suku kaum Orang Asli  yang terdapat di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand.  Masyarakat Semang juga terdapat di Filipina hingga ke Kepulauan Andaman di Teluk Bengal, selatan Myanmar, pedalaman Sumatera dan Sulawesi.  Istilah Semang digunakan oleh orang Melayu bagi merujuk kepada Orang Negrito yang hidup memburu dan memungut hasil hutan di Semenanjung Malaysia.  Di Selatan Thailand, orang Semang juga dikenal sebagai ‘Tonga’ atau ‘Mos’.  Manakala di Kelantan, masyarakat ini dikenal sebagai ‘Pangan’.  Namun, kedua-dua istilah ini telah diketepikan dan digantikan dengan istilah Negrito. 

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
KINTAK

KINTAK, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Semang-Negrito. Masyarakat ini juga dikenali sebagai Tak, Kentok dan Kintok. Kintak secara khusus terbahagi kepada beberapa subkumpulan. Dua antaranya dinamakan Kintak Bong dan Kintak Nakil.

BUDAYAAdat
LANOH

LANOH, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Semang-Negrito. Masyarakat ini turut dikenal sebagai Lano dan Sahubn tetapi nama Sabubn sudah tidak digunakan.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas