Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Organization of Islamic Conference (Pertubuhan Persidangan Islam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata OIC


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Organisation of Islamic Cooperation (OIC)Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan antara kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1969 menerusi Piagam Pertubuhan Persidangan Islam sebagai tindak balas dunia Islam terhadap serangan Zionis yang membakar Masjid al-Aqsa. Antara objektif OIC adalah untuk memupuk perpaduan Islam antara negara anggota, memperkukuh kerjasama negara anggota dalam bidang seperti ekonomi, kebudayaan sosial dan saintifik, menyelaraskan usaha bagi melindungi tempat-tempat suci Islam serta menyokong perjuangan bangsa Palestin bagi membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman Zionis.
Al-Quds (Jerusalem) CommitteeJawatankuasa BaitulmuqaddisUndang-undangUndang-undang AntarabangsaJawatankuasa tetap Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan hasil Persidangan Menteri-Menteri Luar Islam Ke-6 pada Julai 1975. Jawatankuasa ini bertujuan mengkaji keadaan di Baitulmuqaddis dan meletakkan resolusi OIC atau resolusi pertubuhan antarabangsa lain yang selari dengan pendirian OIC mengenai konflik Baitulmuqaddis. Negara yang menganggotai jawatankuasa ini dipilih oleh Majlis Menteri-Menteri Luar bagi tempoh tiga tahun.
Islamic Committee for the International CrescentJawatankuasa Bulan Sabit Antarabangsa IslamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaInstitusi sekutu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan dengan matlamat untuk menyediakan bantuan perubatan dan meringankan penderitaan dan kesengsaraan akibat bencana alam dan peperangan. Lihat juga Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Islamic Centre for the Development of Trade (ICDT)Pusat Pembangunan Perdagangan Islam (ICDT)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaOrganisasi subsidiari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bermatlamat untuk menggalakkan perdagangan antara negara anggota. Organisasi ini memberikan nasihat, menyebarkan maklumat dan menganjurkan seminar, pesta perdagangan dan pameran bagi menggalakkan perdagangan. Lihat juga Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Islamic Conference of Foreign Ministers (ICFM)Persidangan Menteri-Menteri Luar Islam (ICFM)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan kedua tertinggi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dianggotai oleh menteri luar negara anggota. Persidangan ini mempertimbangkan cara bagi melaksanakan dasar umum dan resolusi, meluluskan resolusi baharu dan memeriksa laporan kewangan serta meluluskan belanjawan. Persidangan ini diadakan setahun sekali atau apabila timbul keperluan. Lihat juga Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
International Islamic News Agency (IINA)Agensi Berita Islam Antarabangsa (IINA)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaAgensi khusus yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bertujuan untuk menggalakkan pertukaran maklumat antara agensi berita dalam kalangan negara anggota dan meningkatkan tahap kemahiran agensi berita berasaskan nilai-nilai Islam. Agensi ini turut berperanan dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan umat Islam dan dunia Islam keseluruhannya seperti isu-isu sosial, ekonomi dan budaya, menerbitkan berita tahunan mengenai peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam dunia Islam serta menjadi media sokongan dalam membantu mengukuhkan misi dan visi OIC. Agensi ini ditubuhkan pada tahun 1972 dan beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi.
Islamic Development Bank (IDB)Bank Pembangunan Islam (IDB)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaInstitusi khusus Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan pada tahun 1975 di Jeddah. Institusi ini menawarkan perkhidmatan seperti penyertaan ekuiti, pinjaman tanpa faedah dan kemudahan pajakan serta menyokong kerjasama teknikal antara negara Islam. IDB juga menyediakan bantuan kepada negara anggota yang ditimpa bencana, memberi bantuan kewangan kepada masyarakat Muslim di negara bukan anggota, dan melaksanakan tugasan khusus tentang intraperdagangan, latihan, kesihatan dan celik huruf. IDB telah berjaya melaksanakan projek-projek seperti Portfolio Perbankan Islam, Tabung Pelaburan Saham Amanah, Tabung Infrastruktur, serta Institut Penyelidikan dan Latihan Islam.
Islamic Solidary Fund (ISF)Tabung Solidariti Islam (ISF)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaOrganisasi subsidiari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang menyediakan bantuan kecemasan kepada negara anggota yang ditimpa bencana alam atau bencana akibat perbuatan manusia. Organisasi ini juga menyalurkan bantuan kewangan kepada masyarakat Muslim di negara bukan Muslim bagi tujuan keagamaan, sosioekonomi dan kebudayaan. Sumber ISF ialah wakaf dan hartanah yang disumbangkan oleh negara anggota dan pertubuhan Muslim.
Islamic Institute for Technology (IIT)Institut Teknologi Islam (IIT)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaOrganisasi subsidiari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan untuk mempertingkatkan modal insan dan kerjasama teknikal negara anggota. Institut ini menyediakan latihan teknikal dan vokasional kepada pengajar industrial, teknikal dan mekanikal dari negara anggota, dan mengadakan pertukaran pakar berkemahiran, program latihan, penerbitan dan bengkel amali. IIT turut menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat dan runding cara.
Islamic Fiqh AcademyAkademi Fikah IslamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrganisasi subsidiari yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bertujuan untuk melakukan penyelidikan dan mengeluarkan hukum tentang isu-isu kontemporari berdasarkan prinsip perundangan Islam sebagai panduan umat Islam sedunia. Keputusan yang dibuat oleh akademi ini merupakan satu ijtihad yang melibatkan ulama dan pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan dari seluruh dunia, termasuk Malaysia. Contohnya, dalam Persidangan Akademi Fikah Islam ke-4 di Jeddah, Arab Saudi pada 11 Februari 1988, satu fatwa telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa �diharuskan organ si mati dipindahkan kepada yang hidup apabila kehidupan penerima organ itu bergantung pada penerimaan organ tersebut atau keselamatan fungsi asas dalam diri penerima bergantung pada penerimaan organ tersebut, dengan syarat mendapat keizinan daripada penderma sebelum dia meninggal dunia atau keizinan daripada waris selepas dia meninggal dunia, atau daripada pemimpin masyarakat Islam jika si mati tidak dikenali atau tidak mempunyai waris�.
12

Kembali ke atas