Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kl 1. sabar: ~ dulu, nanti saya panggilkan doktor; 2. nanti, tunggu (dahulu): ~ sebentar, saya nak mandi dulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : buluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata OK


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ok tak kalau hantar mcm ni? (Salam Tuan, Saya Amin, wakil dari Bank Islam Malaysia ingin melampirkan visual untuk semakan bagi tujuan pengiklanan di kota Baharu Kelantan. Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan semakan ini.) Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemuskilan, tuan boleh mehubungi saya di talian 0142986890 atau email di alamat asyafiqmr@bankislam.com.my
Salam sejahtera, untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan/puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik Panduan untuk jenis iklan Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat. Pihak tuan juga boleh menghubungi pegawai kaunter penguatkuasaan melalui 03-21479100/9200 untuk sebarang pertanyaan. Sekian, terima kasih.
Lain-lain26.02.2022
OKSila layari http://dbpsahbahasa.my/ untuk penyemakan dan pengesahan iklan.Lain-lain20.11.2018
Adakah perkataan"ok" boleh digunakan dalam BM dalam ayat secara rasmi? Perkataan “ok” atau “okey” tidak boleh digunakan dalam penulisan rasmi kerana dianggap sebagai slanga yang hanya digunakan dalam bahasa percakapan. Perkataan tersebut perlu digantikan dengan perkataan “baiklah”. Makna25.02.2022
Dia menyikat rambut dengan kemas. Dia menajamkan pensel dengan tajam. Adakah penggunaan 'dengan' dalam ayat-ayat di atas OK? TK.Dalam ayat-ayat di atas OK? TK. Dalam ayat pertama dengan menunjukkan alat yang digunakan untuk menyikat rambut manakala dalam ayat kedua tajam menunjukkan cara bagaimana pensel diasah - tajam.Makna07.11.2006
Assalamualaikum, Is it ok to use "MEMBABI BUTA" in a formal complaint letter? If not, can you suggest another peribahasa that gives the same impact and meaning? Terima Kasih.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "membabi buta" ialah melakukan sesuatu dengan tidak berfikir lebih dahulu (mengamuk, merambang, dan lain-lain). 

Walau bagaimanapun untuk konteks yang lebih rasmi dan santun, kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan ​"membuta tuli".
Makna17.06.2021
pengujian jenis komunikasi = kunjungan peribadi oleh rajabi pada 5/6/2014ok tiada masalahLain-lain05.06.2014
Slm. Minta pengesahan bahasa untuk ayat di bawah: 1) Bagaimanakah strawberi bertumbuh/membesar? 2)Nenek tak apa-apa kah? (atau bolehkah guna "Nenek ok kah?" dalam ayat BM. TQWaalaikumsalam.
Ayat yang betul ialah:
1) Bagaimanakah strawberi membesar?
2) Nenek sihatkah? Atau "Bagaimanakah keadaan nenek?"
Tatabahasa28.05.2015
terima kasih ttg jawapan no pendaftaran 23155/2016 jadi maksudnya papan iklan tu saya kena letak ayat RESTORAN ye? Ayat CHEF IN ACTION TWO tu ok ke?Sila letak perkataan RESTORAN di bahagian atas dalam visual dan hantar semula untuk pengesahan. Nam restoran CHEF IN ACTION TWO boleh dikekalkan kerana sama dengan nama syarikat yang didaftarkan.Lain-lain06.06.2016
Ina Daud Oct 30th, 10:00am Saya nak share sikit.. rasanya elok untuk penambahbaikan di DBP. Saya mengikuti program Teater utk anak saya di Dewan Teater DBP.Semua ok tp apa yg saya ralatkan ialah tiadanya kemudahan surau untuk orang awam atau peserta program sepanjang hari minggu sabtu dan ahad kerana surau hanya akan dibuka pada hari bekerja. Jadi, tiada tempat untuk solat disana. Diharap pihak Tuan dapat memberi perhatian kepada perkara besar seperti ini atau ada saluran lain yang saya boleh isukan hal ini? Terima KasihTerima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Untuk makluman tuan, surau di Aras 5 boleh digunakan dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada pengawal keselamatan di Kaunter Pengawal bagi tujuan keselamatan, selain prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi.Lain-lain30.10.2015
Salam, TBD menerangkan "kata komplemen" sbg menghubungkan {klausa utama} dengan [klausa komplemen/pelengkap]. 1) Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. 2) Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. OK. Saya faham "klausa" terdiri dari subjek dan predikat. Berbanding dengan "frasa", "klausa" berupaya berdiri dengan sendiri, jika keadaan membenarkan. Dalam ayat-ayat 1) dan 2) di atas, saya tidak nampak "Guru itu menyatakan" dan "adalah tidak wajar" dlm bentuk subjek dan predikat. TK

Soalan saudara sedang disemak dan akan kami jawab dengan kadar segera.

Tatabahasa28.11.2011
12

Kembali ke atas