Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kl 1. sabar: ~ dulu, nanti saya panggilkan doktor; 2. nanti, tunggu (dahulu): ~ sebentar, saya nak mandi dulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : buluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata OK


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
CAVOKCAVOKMeteorologiMeteorologi PerhubunganSingkatan bagi Cloud And Visibility OK. Kod ini selalu digunakan dalam kodMETAR, SPECI, dan TAFOR. Kod ini digunakan dalam tiga keadaan yang berlaku atau dijangkakan akan berlaku secara serentak, iaitu: i. apabila ketampakan mendatarnya 10 km atau lebih; ii. tiada awan di bawah 1500 m dan tiada awan kumulonimbus; dan iii. tiada kerpasan, ribut petir, kabut, atau salji hanyut.
silver grain figurecorak ira perakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCorak yang terhasil daripada pemotongan tentang ruji yang lebar. Tisu ruji yang terpotong menampakkan corak ira berwarna perak yang ketara seperti yang terbentuk pada permukaan kayu ok, mempening, dan berangan.
hardwoodskayu kerasPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTumbuhan Angiospermae kumpulan dikotiledon yang menghasilkan kayu. Istilah ini merupakan pengelasan, dan tidak ada kaitan dengan nilai kekerasan sebenar sesuatu kayu. Kayu keras biasanya mempunyai struktur anatomi yang lebih kompleks daripada kayu lembut, dan mengandungi vesel atau liang, gentian dan parenkima. Contoh kayu keras ialah ok, cengal, dan jelutung. Di negara yang kayu lembutnya tidak mempunyai nilai dagangan yang penting, seperti Malaysia, istilah ini tidak mempunyai kaitan dengan makna asalnya. Misalnya kayu keras yang ringan dan lembut seperti jelutung dirujuk sebagai kayu lembut, walaupun sebenarnya kayu ini termasuk dalam kumpalan tumbuhan Angiospermae. Mengikut Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984, kayu-kayu Malaysia dikelaskan kepada kayu kerat berat, kayu keras sederhana, kayu keras ringan dan kayu lembut.
keruntumkeruntumPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Combretocarpus rotundatus daripada famili Rhizophoraceae. Nama tempatannya di Sabah ialah perepat paya. Gubal kayu keruntum berwarna putih kapur, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna merah atau coklat kemerahan. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata, kerana mempunyai ruji yang lebar dan yang membentuk pola ira seperti kayu ok. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 800 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu keruntum mudah dikerjakan, sederhana tahan, mudah diawet tetapi sukar dikeringkan. Kayu keruntum yang dikeringkan dan diawet dengan sempurna boleh digunakan sebagai lantai atau dinding dan alas landasan kereta api.

Kembali ke atas