Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (obésiti) kegemukan yg disebabkan terdapatnya lemak yg berlebihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /obésiti/ ist gemuk yg disebab­kan terdapatnya lemak yg berlebihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Obesiti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
morbid obesityobesiti morbidMakanan dan PemakananPemakananKeadaan apabila berat badan individu terlebih berat, iaitu sebanyak 100 paun (45.5 kilogram) daripada berat badan sihat serta indeks jisim tubuh melebihi 40 kg per m2. Obesiti morbid merupakan tahap obesiti yang sangat serius dan biasanya memerlukan pembedahan.
gynoid-type obesityobesiti jenis ginoidMakanan dan PemakananPemakananLemak tubuh yang berlebihan terutama di bahagian pinggul dan paha. Obesiti jenis ini biasanya berlaku dalam kalangan wanita.
android-type obesityobesiti jenis androidMakanan dan PemakananPemakananLemak tubuh yang berlebihan di sekeliling pinggang dan bahagian atas abdomen. Obesiti jenis android biasanya berlaku dalam kalangan lelaki. Kehadiran lemak ini berpunca daripada pola pemakanan yang tidak sihat seperti pengambilan makanan segera, berminyak dan berkolesterol tinggi yang meningkatkan risiko terhadap penyakit kardiovaskular, diabetes dan hipertensi.
obesityobesitiPsikologiTiadaTiada
obesityobesitiPentadbiran PerniagaanTiada1. Keadaan lemak yang berlebihan di dalam badan, melebihi had keperluan fizikal dan rangka.
obesityobesitiGerontologiTiadaPengumpulan lemak tubuh yang menyebabkan timbangan berat badan berlebihan.
obesityobesitiMakanan dan PemakananPemakananKeadaan lemak tubuh yang berlebihan. Seseorang individu dianggap obes apabila mencapai indeks jisim tubuh 30 kg/m2 atau lebih.
android obesityobesiti androidGerontologiTiadaLemak yang berlebihan di sekeliling pinggang dan bahagian atas abdomen.
central obesityobesiti pusatGerontologiTiadaLemak berlebihan yang terkumpul di bahagian abdomen dan di sekeliling trunkus.
gynoid obesityobesiti ginoidGerontologiTiadaLemak yang berlebihan di bahagian betis dan pinggul.
123

Kembali ke atas