Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bulan kelapan dlm tahun Masihi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg kelapan dlm tahun Ma­sihi (terdiri drpd 31 hari). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Ogos


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin membuat poster setiap hari. Untuk bulan Ogos bolehkah disingkatkan Ogos kepada OGO? Contoh 01 OGO, 02 OGO, 03 OGOEjaan OGOS perlu dieja penuh. Contoh: 1 OGOS 2021Ejaan01.08.2021
a. 27 OGOS 2019 b. 27 Ogos 2019 Dalam laporan, kita menulis tarikh seperti a atau b? Terima kasihPenulisan tarikh yang betul ialah 27 Ogos 2019.Lain-lain27.08.2019
Salam, bagaimanakah cara untuk mengenal pasti kata sendi nama yang sesuai selepas perkataan 'ditunda'? 1) ditunda kepada bulan Ogos (bulan Ogos dikira kata nama atau waktu/masa?) 2) ditunda dari hari Isnin ke hari Khamis (menyatakan jangka masa) 3) ditunda pada minggu hadapan terima kasih.

Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Ayat yang betul ialah (1)…ditunda ke bulan Ogos; (2) ditunda dari hari Isnin ke hari Khamis; (3) ditunda ke minggu hadapan.

Tatabahasa05.03.2014
Saya ingin mengetahui sama ada penggunaan perkataan sehingga dalam ayat tersebut betul atau salah:- Dari 12 Ogos 2008, sehingga 31 Ogos 2008.Yang betulnya ialah 12 hingga 31 Ogos 2008.Tatabahasa09.09.2008
Dalam penomboran, bagi nombor tunggal seperti 1,2,3.....perlu atau tidak untuk meletakkan nombor 0 di hadapannya. Contoh 01 Ogos 2023 atau 1 Ogos 2023?Nombor kosong (0) tidak perlu diletakkan di hadapan nombor satu digit atau nombor berikutnya.  Tatabahasa20.08.2023
Assalamualaikum tuan. Adakah perkataan tunda yang merujuk kepada waktu dan tarikh semesti membawa ke hadapan? Bolehkah kita gunakan perkataan tunda itu untuk tarikh yang tukarkan ke belakang? Contohnya tarikh 2 Ogos ditunda ke tarikh 1 Ogos. Sekian terima kasihLazimnya tunda/menunda pelaksanaan sesuatu ke hadapan. Jika ke belakang lazimnya kita menyebut diawalkan, seperti pelaksanaan majlis ramah mesra diawalkan dari 2 Ogos kepada 1 Ogos.Tatabahasa30.07.2012
LOS ANGELES 22 Ogos – Upacara pengkebumian Michael Jackson telah ditangguhkan sehingga 3 September ini daripada tarikh asal pada 29 Ogos. - Utusan Online Betulkah penggunaan kata 'pengkebumian' pada ayat tersebut. Jika salah, mengapakah media cetak menggunakannya? Bagaimana pula dengan kata 'ketepi' dan 'ketengah' apabila menerima imbuhan meN-....-kan? Terima kasih.Istilah yang betul ialah pengebumian. Media menggunakan pengkebumian mungkin disebabkan mereka tidak mengetahui tatabahasa yang betul. Bagi kata ke tepi dan ke tengah apabila menerima imbuhan meN- akan menjadi mengetepikan dan mengetengahkan kerana huruf yang digugurkan ialah huruf k pada ke tepi / ke tengah, bukan huruf t. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 152. Tatabahasa22.08.2009
Peristiwa apakah yang menyebabkan DBP memilih tarikh 16 Ogos 1977 untuk menerbitkan Risalah Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia?Peristiwanya adalah pada 16 Ogos 1972, bukan 1977   sempena kenyataan bersama yang ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Kenyataan bersama tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas-asas yang dipersetujui antara para ahli dari kedua-dua negara tentang ejaan baharu atau ejaan yang telah disempurnakan dan merasmikan pelaksanaan ejaan tersebut melalui pengumuman oleh Menteri masing-masing pada waktu yang sama.Lain-lain25.06.2008
MOHON SEMAK STRUKTUR AYAT INI: PERSIDANGAN INI DIJANGKA AKAN DIADAKAN PADA 20 OGOS 2016 BERTEMPAT DI HOTEL...........Persidangan ini dijangka akan diadakan pada 20 Ogos 2016 di Hotel Merdeka.Tatabahasa01.08.2016
salam, saya nak tanya, untuk penggunaan ayat: "Inggeris mula campur tangan di Tanah Melayu bermula 11 Ogos 1786 apabila......" adakah ia betul atau adakah perlu meletakkan perkataan pada selepas perkataan bermula seperti ini: "Inggeris mula campur tangan di Tanah Melayu bermula pada 11 Ogos 1786 apabila...."??? Harap dapat beri bantuan.terima kasih.

Saudara,

Ayat yang sempurna dan betul ialah " Pihak Inggeris mula campur tangan di Tanah Melayu bermula pada 11 Ogos 1786."

Tatabahasa09.02.2010
12345678

Kembali ke atas