Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nama sekumpulan bintang yg bercahaya terang, bintang belantik, bintang tiga beradik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Orion


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORION

Orion, Si Pemburu, ialah buruj yang terang yang

termasuk dua daripada bintang yang paling terang

di langit. Orion sering digambarkan membelakangi

kita. Dalam pandangan ini, bintang merah yang

terang, Betelgeuse, menandakan bahu kirinya.

Bintang putih biru yang dikenali sebagai Rigel

menandakan kaki kanannya. Dua bintang yang

lebih malap, Bellatrix dan Saiph, menandakan bahu

kanan dan kaki kiri Orion. Orion mudah dikenal

pasti melalui satu baris tiga bintang yang

membentuk tali pinggangnya. Sebilah pedang,

yang terbentuk daripada sebaris bintang yang

malap, tergantung dari tali pinggangnya.

UMUM 
RIGEL

Rigel ialah bintang putih-biru di sudut barat

daya buruj Orion

UMUM 
SCORPIO

Scorpio ialah buruj (kumpulan bintang) yang boleh

dilihat di kedua-dua hemisfera Utara dan Selatan.

Scorpio ialah lambang zodiak kelapan dan salah satu

buruj paling terang di langit. Dalam mitologi, Scorpio

melambangkan serangga yang menyebabkan

kematian Orion. Buruj ini terdiri daripada suatu

barisan panjang bintang yang cerah yang

menyerupai bentuk kala jengking. Ia mempunyai

bahagian tengah berwarna merah yang ditandai oleh

bintang raksasa merah yang cerah iaitu Antares.

Sengatnya ditandai oleh bintang Lambda Scorpii,

yang juga dikenali sebagai Shaula , iaitu nama yang

berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud

“sengat”. Buruj ini mengandungi bintang lota yang

kilauannya kira-kira 200 000 kali lebih kuat daripada

matahari. Scorpion jelas terpampang pada latar

belakang Bima Sakti dan mengandungi beberapa

gugusan bintang yang menakjubkan. Ini termasuk

M4 (berhampiran Antares), iaitu objek yang dapat

dikenal pasti dengan mudah melalui teropong, dan

M6 dan M7, yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Matahari melintasi buruj ini dalam masa yang singkat

pada minggu akhir bulan November.

Lihat juga Astrologi; Astronomi; Zodiak.

UMUM 

Kembali ke atas