Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Parti Islam Se-Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : dokumen, tiket, dsb yg memberi seseorang kebenaran utk masuk ke sesuatu tempat, duduk di sesuatu tempat di panggung, dll: mereka berjalan lagi dgn dilengkapi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bp lulus (ujian dsb): darjah tujuh sekolah Melayu pun tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : IB 1. tepat, kena, sesuai benar: barang itu sangat ~ kpd isteriku; 2. tidak longgar dan tidak sempit, sedang (pakaian dll): baju itu tidak begitu ~, tapi tidak apalah; mengepas mencuba utk mengetahui sesuatu sesuai (cocok) atau tidak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kad, tiket dsb yg memberi kebenaran kpd seseorang utk masuk ke sesuatu tempat, berada di tempat tertentu dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pas (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan surat kebenaran, tiket, kupon.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
cara untuk mendapatkan dua pas ke majlis/acara dalam 2 minggu saja lagi pembaharuan laincara untuk mendapatkan dua pas ke majlis/acara dalam 2 minggu sajaTatabahasa17.07.2008
SAYA KELIRU DENGAN SEBUTAN UNTUK PERKATAAN PASCA..ADAKAH BUNYI 'C' AYAU 'K'?? TERIMA KASIHSebutan berdasarkan fonem /c/ dan bunyi fonetiknya ialah [pas.ca] dan bukan fonem /k/ dan bunyi fonetiknya [pas.ka].Lain-lain16.04.2008
Semakan bagi teks pas sempadan - Jabatan Imigresen Malaysialampiran salinan yang telah disemak dan diperbetulkan kesilapan pada penggunaan tanda baca dan perkataanTatabahasa24.02.2014
Assalamualaikum... Mana satu ejaan yang betul bagi maksud tersebut :- Pas pelawat ini hendaklah di PAMERKAN @ di PAMIRKAN ? Mohon tahu.

Sdr. Manzur, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Ejaan yang betul ialah dipamerkan. Perkataan ini tidak boleh disamakan dengan formula sistem ejaan yang diselaraskan kerana ia adalah antara perkataan yang dipinjam daripada bahasa dan ejaan Indonesia yang telahpun diserapkan ke dalam bahasa Mealayu. Terima kasih.

Ejaan17.08.2009
Bagaimana cara memohon untuk membuat semakan dan pengesahan bagi gegantung yang dihasilkan oleh Bahagian ini sebelum memohon pas pelepasan daripada Majlis Bandaraya Seremban (PBT)

1. Untuk mendapatkan pengesahan iklan, tuan/puan boleh kemukakan permohonan melalui portal “DBP SAH BAHASA” (Proses pengesahan melalui dalam talian, tempoh masa  3 hari bekerja).
2. Untuk pengesahan segera, tuan/puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara. Tuan/puan perlu membawa 2 atau lebih  salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan.

Lain-lain07.10.2019
Bagaimanakah penggunaan sebenar perkataan pra- dan pra. Adakah pra- hanya digunakan untuk kata nama khas? Contoh: Pra-PAS Atau pra digunakan selain kata nama khas? Contoh: prasangka Terima kasih.Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti prasiswazah, pascasiswazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia).Lain-lain17.02.2015
1. Apakah istilah bahasa Melayu yang sesuai untuk menggantikan istilah 'Proposal Defense' dan 'Viva Voce'? 2. Adakah betul penggunaan istilah 'pascasiswazah' bagi merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dan sarjana? Keliru dengan hasil pencarian ini --> [pas.ca.sis.wa.zah] | ڤسچاسيسوازه Definisi : bkn penuntut yg meneruskan pendidikan yg lebih tinggi selepas menamat­kan ijazah pertama. (Kamus Dewan Edisi Keempat) 3. Adakah betul penggunaan istilah 'siswazah' bagi merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dan sarjana?

1. Mohon tuan/puan berikan penggunaan “proposal defense” dan “viva voce” dalam contoh ayat supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.

2. Kamus Melayu Dewan Edisi Keempat mentakrifkan “pascasiswazah” sebagai penuntut yg meneruskan pendidikan yg lebih tinggi selepas menamat­kan ijazah pertama. Ini bermakna merujuk kepada penuntut yang sedang mengikuti pengajian pada peringkat sarjana dan doktor falsafah.

3. Kamus Melayu Dewan Edisi Keempat mentakrifkan “siswazah” sebagai orang yang telah lulus dari universiti, iaitu lulusan universiti.
Istilah18.04.2019

Kembali ke atas