Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Persatuan Wanita Islam Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; dewi ~ dewi yg memerintah (menguasai) bumi; ibu ~ tanah tumpah darah, tanah air: beliau berkata pelajar-pelajar di luar tanah air juga hendaklah bersiap sedia menyambut panggilan ibu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = ibu ~ tanah tumpah darah; tanah air sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata PERTIWI


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan "pertiwi"Pertiwi ialah akronim Persatuan Wanita Islam Malaysia dan frasa ibu peritiwi pula membawa maksud tanah air sendiri. Lihat pertiwi">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pertiwi untuk maklumat lanjut.Makna10.01.2013
Salam sejahtera. Tema Hari Guru 2019 "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi" Soalan : Berdasarkan kamus dan dapatan daripada ruangan soal jawab tuan, 'Pertiwi' dirujuk kepada akronim bagi Persatuan Wanita Islam Malaysia. Ibu pertiwi = tanah air. Saya berpendapat " Guru,Obor Hemah Menyinari Ibu Pertiwi" ialah ungkapan yang betul. Mohon pandangan tuan. Terima kasihPada pandangan kami, perkataan “Guru, Obor Hemah Menyinari Ibu Pertiwi” lebih sesuai digunakan.Makna15.04.2019
Soalan : Kami ingin menggunakan nama yang disenaraikan dibawah sebagai nama perniagaan untuk tadika kami. 1. Tadika Cahaya Mata 2. Tadika Pertiwi Nurani 3. Tadika Daya Budi Sila maklumkan jika pilihan nama tersebut mematuhi pengunaan istilah Bahasa Malaysia sepertimana di maklumkan di dalam lampiran yang di muat naik dengan pertanyaan ini. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, ketiga-tiga nama adalah betul dan boleh digunakan.Lain-lain05.06.2014
Selamat petang, saya ingin tanya mengenai bila saya boleh menggunakan perkataan "ikrar" dan konteks-konteks di mana saya boleh menggunakan "mengikrar", "mengikrarkan", "diikrar" dan sebagainya. Misalnya saya 'mengikrar' atau 'mengikrarkan' afidavit. Sebarang pertolongan yang diberi amat dihargai.Untuk melihat konteks penggunaan perkataan, sila rujuk kamus dan lihat contoh penggunaan sesuatu kata dasar dan kata terbitannya. Contohnya, perkataan ikrar digunakan dalam konteks ayat yang berikut, ikrar dilafazkan oleh peserta kursus pada akhir majlis. Tidak ada perkataan mengikrar yang ada ialah mengikrarkan seperti ayat rakyat negeri ini mengikrarkan kesediaan mereka untuk membela ibu pertiwi. Tatabahasa24.04.2014

Kembali ke atas