Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap, pembalut ketupat, dll), Licuala spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ bujur geladak atau lantai kapal yg di bahagian depan; ~ lintang sj beranda yg melintang di geladak kapal, anjungan; palas-palas rak atau para-para tempat menĀ­jemur dll; rumah ~ rumah atau tempat tinggi utk menjaga (mengawasi) dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok palma yg daunnya spt kipas dan biasanya digunakan utk atap (pembungkus kuih dll), Licuala spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Palas

Puisi
 

Pucuk palas si daun palas,
     Tetak mari beranti-ranti;
Bukan berbudi minta balas,
     Asal ingat dalam hati.


Lihat selanjutnya...(11)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PALAS PASEMAH

PALAS PASEMAH, tempat penemuan prasasti berbahasa Melayu kuno tentang kerajaan Sriwijaya.  Palas Pasemah terletak berhampiran daerah Kalianda, Lampung Selatan, Sumatera SeIatan, Indonesia.  Penemuan prasasti ini berlaku pada tahun 1958.  Prasasti ini dipercayai dibuat pada akhir abad ke-7.  Catatan pada prasasti Palas  Pasemah tidak dapat dipisahkan daripada prasasti Kota Kapur danĀ· prasasti Karang Brahi.  Ketiga-tiga prasasti ini diletakkan dalam kerangka tiga prasasti lainnya yakni prasasti Kedukan Bukit, Talang Tuo dan Telaga Batu, yang juga merupakan sumber yang dapat mengungkapkan sejarah kerajaan Sriwijaya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PALAS

Palas ialah tumbuhan palma yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Indochina, Myanmar, Thailand, dan Filipina.

PERTANIANFlora dan Fauna
SRIWIJAYA

SRIWIJAYA, kerajaan Melayu-Buddha di Sumatera pada abad ke-7 M.  Kerajaan ini berpusat di Palembang.  Antara tahun 671 M. hingga 695 M.  Sriwijaya berjaya mengembangkan pengaruhnya di kerajaan-kerajaan di Selat Melaka berdasarkan penemuan prasasti Sriwijaya yang terdapat di Palembang, Bangka, Karang Brahi dan Palas Pasemah yang bertarikh 683/684 M.  Pada tahun 776 M. kuasa Sriwijaya dipercayai sampai ke selatan Thailand sehingga ke Chaiya dengan merujuk prasasti Ligor.  Antara kerajaan yang ditaklukinya ialah Chieh-cha, Pan-pan, Langkasuka dan Takuapa.  Pada abad ke-9 M. Sriwijaya menjalin hubungan keluarga dengan dinasti Sailendra yang memerintah di Jawa Tengah.  Bukti hubungan kekeluargaan ini dapat dirujuk kepada prasasti Ligor, inskripsi Leiden dan inskripsi Chola.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas