Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap, pembalut ketupat, dll), Licuala spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ bujur geladak atau lantai kapal yg di bahagian depan; ~ lintang sj beranda yg melintang di geladak kapal, anjungan; palas-palas rak atau para-para tempat menĀ­jemur dll; rumah ~ rumah atau tempat tinggi utk menjaga (mengawasi) dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok palma yg daunnya spt kipas dan biasanya digunakan utk atap (pembungkus kuih dll), Licuala spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Palas

Puisi
 

Pucuk palas si daun palas,
     Tetak mari beranti-ranti;
Bukan berbudi minta balas,
     Asal ingat dalam hati.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTetak palas rumpun palas, Mari dimakan atas bendul; Duduk malas berdiri malas, Kerana khidmat diri terkabul.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk palas si daun palas, Tetak mari beranti-ranti; Bukan berbudi minta balas, Asal ingat dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk palas tumbuh di kuala, Sayang langgudi tumbuh di pancur; Rupa paras saya tak gila, Kerana budi hatiku hancur.
Kurik Kundi Merah SagaDaun palas makan di api, Asap sampai ke Seberang Raja; Rawan belas di dalam hati, Di hati kami haram tak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaHendak memetik daun palas, Buat isi buah berangan; Berbudi bukan minta balas, Hanya untuk kenang-kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaPohon kuini pohon palas, Jatuh kaki haram tak luka; Surat adik abang tak balas, Pantun abang jangan dilupa.
Kurik Kundi Merah SagaBuah durian masak mengkal, Buah palas dimakan nyamuk; Hari kemudian jangan menyesal, Rupa paras sudah tengok.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk capa disayur manis, Daun palas dalam padi; Belum baca tunduk menangis, Rasa belas di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaPokok keduduk bercabang tiga, Akar palas bersimpul pulih; Sungguh duduk bertindih riba, Jangan diharap kata nak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaOrang hulu menebang jati, Orang darat menetak palas; Kalau nak tahu budi sejati, Tidak berhajat minta dibalas.
12

Kembali ke atas