Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.si.fik] | ڤاسيفيک

Definisi : Lautan Teduh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Pasifik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUKAN PASIFIK SELATAN

Sukan Pasifik Selatan dibuka kepada peserta

dari semua negara dan kawasan kepulauan di Pasifik

Selatan kecuali Australia dan New Zealand.

Kebanyakan atlet dari kepulauan utama di kawasan

Pasifik Selatan mengambil bahagian lebih daripada

12 acara sukan di temasya ini. Sukan Pasifik Selatan

pertama kali diadakan di Fiji pada tahun 1965. Sukan

seterusnya diadakan di New Caledonia pada tahun

1967, Papua New Guinea pada tahun 1969, Polinesia

Perancis pada tahun 1971, Guam pada tahun 1975,

Fiji pada tahun 1979, Samoa Barat pada tahun 1983,

New Caledonia pada tahun 1987, Papua New Guinea

pada tahun 1991, Guam pada tahun 1999 dan Fiji

pada tahun 2003.

UMUM 
RANTAU PASIFIK

Rantau Pasifik ialah suatu istilah yang

digunakan secara umum untuk menggambarkan

negara yang bersempadankan Lautan Pasifik.

UMUM 
KEPULAUAN PASIFIK UMUM 
LAUTAN PASIFIK UMUM 
SURUHANJAYA PASIFIK SELATAN

Suruhanjaya Pasifik Selatan ialah pertubuhan

antarabangsa yang memberi bantuan khidmat nasihat

teknikal, latihan, dan penyebaran maklumat dalam

bidang sosial, ekonomi, dan kebudayaan kepada 22 buah

pentadbiran kerajaan. Negara-negara ini terdiri daripada

Samoa Amerika, Kepulauan Cook, Persekutuan Negeri Micronesia,

Fiji, Polinesia Perancis, Guam, Kiribati, Kepulauan

Marshall, Nauru, New Caledonia, Niue, Kepulauan

Mariana Utara, Palau, Papua New Guinea,

Kepulauan Pitcairn, Kepulauan Solomon, Tokelau,

Tonga, Tuvalu, Vanuatu, Wallis dan Futuna, dan

Samoa Barat.

UMUM 
RIM PASIFIKNegara-negara yang meminggiri setiap garis pantai Lautan Pasifik.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
POLINESIA PERANCIS

Polinesia Perancis ialah wilayah seberang laut

kepunyaan Perancis. Wilayah ini terletak di Lautan

Pasifik, kira-kira 4500 kilometer ke selatan Hawaii.

Untuk lokasi, lihat Kepulauan Pasifik (peta).

Wilayah ini terdiri daripada kira-kira 120 buah

pulau yang berselerak merentangi kawasan seluas

kira-kira sebesar barat Eropah. Pulau ini terdiri

kebanyakannya daripada gugusan kepulauan

Austral, Gambier, Marquesas, Society, dan

Tuamotu. Papeete, di Tahiti – salah sebuah

pulau dalam Kepulauan Society – ialah

ibu wilayah ini.

UMUM 
NIUE

Niue ialah negeri kepulauan yang berkerajaan

sendiri di Lautan Pasifik Selatan. Ia terletak kira-kira

480 kilometer di timur laut Tonga dan kira-kira 560

kilometer di tenggara Samoa Barat. Lihat

Kepulauan Pasifik (peta). Keluasan Niue adalah

21 kilometer panjang dan 18 kilometer lebar.

UMUM 
PULAU WAKE

Pulau Wake ialah pulau milik Amerika Syarikat di

bahagian tengah barat Lautan Pasifik. Pulau ini

merupakan persimpangan semula jadi bagi kapal

dan kapal terbang yang menyeberangi Lautan

Pasifik. Wake ialah sebuah atol segi tiga yang terdiri

daripada tiga buah pulau kecil karang, iaitu Wake,

Peale dan Wilkes. Pulau-pulau kecil ini meliputi

kawasan darat seluas lebih kurang lapan kilometer

persegi dan mempunyai penduduk lebih kurang

300 orang. Dengan batu karang yang melengkung,

pulau-pulau ini melingkungi sebuah lagun yang

tidak sampai 10 kilometer persegi luasnya. Wake

terletak 3700 kilometer ke sebelah barat Honolulu

dan 3195 kilometer ke sebelah tenggara Tokyo.

Pulau ini tidak mempunyai air tawar, dan tumbuh-

tumbuhannya kebanyakan terdiri daripada pokok-

pokok renek dan belukar.

UMUM 
NEW CALEDONIA

New Caledonia ialah wilayah jajahan seberang

laut Perancis. Ia terletak di barat daya Lautan

Pasifik, kira-kira 2000 kilometer ke timur laut

Sydney , Australia . Untuk lokasi New Caledonia,

lihat Kepulauan Pasifik (peta).

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas