Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ikan (daging, sayur, dll) yg diasinkan (dimasamkan) dan disimpan beberapa lama; alang-alang menyeluk ~, biar sampai ke pangkal lengan prb membuat sesuatu hendak­lah sampai sudah (tidak alang kepalang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ikan (daging dll) yg digarami atau diasami dan disimpan agak lama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Pekasam

Puisi
 

Kalau mencari buah asam,
     Biar lebih kurang jangan;
Alang-alang menjolok pekasam,
     Biar sampai ke pangkal lengan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Berendam di tempayan pekasam.

Bermaksud :

Duduk berleka di rumah perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEKASAM

PEKASAM,  makanan yang diperam dengan menggunakan garam dan bahan lain.  Pekasam dibuat daripada pelbagai jenis ikan air tawar seperti ikan sepat padi, sepat siam, puyu, tilapia dan belida atau ikan laut seperti gelama, selar, puput, selangat, biji nangka dan sebagainya. 

BUDAYAMakanan
BUDU

Budu atau pekasam ikan ialah sejenis makanan

tradisional yang popular khasnya bagi masyarakat

di negeri-negeri Pantai Timur Malaysia seperti

Kelantan dan Terengganu.

UMUM 
TEMPOYAK

TEMPOYAK, pekasam yang dibuat daripada isi durian dicampur garam. Isi durian yang dicampur garam boleh disimpan selama tiga hingga empat minggu untuk dimakan sebagai tempoyak. Jika hendak disimpan lama lebih banyak garam perlu dicampur. Tempoyak harus disimpan di dalam bekas yang bersih dan kedap udara.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas