Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ikan (daging, sayur, dll) yg diasinkan (dimasamkan) dan disimpan beberapa lama; alang-alang menyeluk ~, biar sampai ke pangkal lengan prb membuat sesuatu hendakĀ­lah sampai sudah (tidak alang kepalang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ikan (daging dll) yg digarami atau diasami dan disimpan agak lama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Pekasam

Puisi
 

Kalau mencari buah asam,
     Biar lebih kurang jangan;
Alang-alang menjolok pekasam,
     Biar sampai ke pangkal lengan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Berendam di tempayan pekasam.

Bermaksud :

Duduk berleka di rumah perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pecah tempayan pekasam, muka berconteng arang.Mendapat malu besar kerana kejahatan telah diketahui orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berendam di tempayan pekasam.Duduk berleka di rumah perempuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.Kalau sudah terlanjur jahat, biarlah diperoleh hasil daripadanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau kubuka tempayan budu, barulah tahu.Kalau dibuka rahsianya, tentu mendapat malu. budu = pekasam ikan kecil-kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan.Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan). kambeh = peria; cangkuk = pekasam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas