Pecah tempayan pekasam, muka berconteng arang. | Mendapat malu besar kerana kejahatan telah diketahui orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berendam di tempayan pekasam. | Duduk berleka di rumah perempuan jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. | Kalau sudah terlanjur jahat, biarlah diperoleh hasil daripadanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau kubuka tempayan budu, barulah tahu. | Kalau dibuka rahsianya, tentu mendapat malu. budu = pekasam ikan kecil-kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan). kambeh = peria; cangkuk = pekasam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |