Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di barat laut Semenanjung, ke­luasan 803 km2, Kangar sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Perlis

Puisi
 

Negeri Perlis bandaraya Kangar,
     Pasar jaja ikan pelotan;
Dinda tak nampak tetapi dengar,
     Tentu sahaja kerja syaitan.


Lihat selanjutnya...(11)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESULTANAN PERLIS

KESULTANAN PERLIS, institusi kerajaan Perlis. Kesultanan Perlis merupakan kesultanan yang paling kecil sekali antara sembilan buah Kesultanan Melayu. Penubuhan Kesultanan Perlis menunjukkan keunikan sosiopolitiknya sekiranya diban dingkan dengan Kesultanan Melayu yang l ain. Sejarah Perlis sebagai sebuah wilayah dalam Kesultanan Kedah telah wujud sejak zaman lam­pau dan Perlis selalu dilihat sebagai tapak pedalaman kuasa politik raja pemerintah Kedah. Namun sejarah Kesultanan Perlis hanya bermula antara tahun 1839 hingga tahun 1842 apabila wilayah itu dipisahkan dari Kedah dan diiktiraf oleh Raja Siam sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam lingkungan politik Siam. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa kewujudan Kesultanan Perlis adalah kesan campur tangan kuasa luar dan legitimasi dinasti pemerintahnya berasaskan surat tauliah Raja Siam pada tahun 1842. Hingga tahun 1909, alat kebesaran Raja Perlis ialah surat bertauliah tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
ADAT PERTABALAN RAJA PERLIS

ADAT PERTABALAN RAJA PERLIS, upacara menabalkan Raja Perlis yang baharu untuk menggantikan raja yang mangkat. Adat ini diadakan di Istana Arau, dihadiri oleh menteri besar, pemimpin-pemimpin negeri, ketua-ketua kaum, penghulu-penghulu mukim serta sultan-sultan dan yang dipertua negeri.

           

BUDAYAKonsep
ABDUL HAMID OMAR, TUN

ABDUL HAMID OMAR, Tun (1929-2009), Ketua Hakim Negara (1988-1994). Dia lahir pada 25 Mac di Kuala Perlis, Perlis. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Kangar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PERLIS

PERLIS, negeri terkecil yang terletak di utara, Semenanjung Malaysia.  Negeri Perlis pada asalnya adalah salah sebuah jajahan Kesultanan Kedah.  Ketika itu Perlis disempadani oleh Setul (Thailand), Songkhla (Thailand) dan Kubang Pasu (Kedah).  Perlis adalah sebuah negeri pertanian padi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI PERLIS

ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI PERLIS, sekumpulan alatan yang menjadi lambang kebesaran serta pengesahan Raja Perlis.

BUDAYAKonsep
PERSATUAN PENULIS PERLIS

PERSATUAN PENULIS PERLIS, persatuan penulis.  Persatuan ini dikenal sebagai 3P.  Persatuan ini ditubuhkan pada 7 Mei 1964, di Kangar, Perlis.  Pengasas utamanya ialah Mat Din Yaacub (Ketua Satu) dan Rejab F.I. (Setiausaha Satu).  3P telah menjadi ahli Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) pada tahun 1970.

SASTERAPersatuan
ABU BAKAR HAMZAHABU BAKAR HAMZAH (1925-1993), ahli politik. Dia lahir di Bangsal Lebah, Jalan Kuala Perlis, Perlis. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
KANGAR

Kangar (pend. 40 000), ibu negeri Perlis.

Kangar terletak pada garisan lintang 6° 26' Utara

dan garisan bujur 100° 12' Timur, iaitu 10

kilometer ke hulu dari Kuala Sungai Perlis.

UMUM 
ARAU

Bandar diraja negeri Perlis yang terletak di selatan negeri tersebut, merupakan bandar kedua terbesar selepas Kangar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SYED HUSSAIN JAMALULLAIL

SYED HUSSAIN JAMALULLAIL (1834-1873), Raja Perlis yang pertama (1854-1873).  Baginda diputerakan pada 20 Mei 1834 di Arau, Perlis.  Baginda dilantik sebagai Raja Perlis oleh Raja Siam, Rama III, dengan sokongan dan persetujuan Raja Ligor pada tahun 1854.  ketika itu negeri Perlis masih di bawah jajahan Kedah yang dinaungi kerajaan Siam.  Baginda memberi gelaran negeri Perlis `Indera Kayangan’.  Pemerintahan baginda berdasarkan Perlembagaan Negeri Kedah.  Baginda melantik Syed Abdullah Jamalullail sebagai Raja Muda, Muhammad Arsyad bin Muhamad Yunus (Datuk Awang/Datuk Belat Paduka Seri Perdana Menteri/Datuk Arau) sebagai Perdana Menteri, Ibrahim (Alang Kecik) digelar Datuk Seri Lela Pahlawan, dan Lahim digelar Datuk Seri Indera Dewa.  Datuk Arau telah membuka tempat raja bersemayam yang dinamakan Arau.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12345

Kembali ke atas