Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di barat laut Semenanjung, keĀ­luasan 803 km2, Kangar sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Perlis

Puisi
 

Negeri Perlis bandaraya Kangar,
     Pasar jaja ikan pelotan;
Dinda tak nampak tetapi dengar,
     Tentu sahaja kerja syaitan.


Lihat selanjutnya...(11)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
awang batilawang batilMuzikTiada

 Sejenis seni penceritaan rakyat Kampung Pokok Sena, Cuping, Perlis. Seorang penglipur lara yang diberi gelaran Awang Ba­til menyampaikan cerita rakyat dengan iringan paluan sebuah batil, iaitu sejenis mangkuk. Awang Batil juga memakai topeng semasa memainkan watak tertentu. Persembahan ini juga dinamai Awang Belanga kerana belanga digunakan sebagai alat muzik pada zaman dahulu.

wau helangwau helangKesenianTiadaWau yang menyerupai burung khususnya di bahagian ekor dan berasal dari Perlis.
jikeyjikeyKesusasteraanTiadaTeater rakyat yang dipersembahkan dengan rangkuman (gabungan) unsur muzik, tarian, dan dialog. Teater ini popular di Perlis dan Langkawi. Jikey mempersembahkan cerita tempatan seperti Mahsuri, Awang Kudis Buta, Batu Belah Batu Bertangkup, Naga kepala Tujuh, Bawang Putih Bawang Merah dan Pending Emas Pending Perak. Peralatan muzik jikey mengandungi violin, tamburin, tiga rebana pelbagai saiz, sebuah gong, dan lima pasang cerek yang diperbuat daripada kayu atau buluh.
gendang Keling (Mal)gendang KelingKesenianTiadaGendang dua muka yang digunakan di dalam permainan silat dan terinai yang popular di Kedah dan Perlis.
sesenduksesendukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Endospermum spp.. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah incung perlis, membulan, dan senduk-senduk, di Sabah ialah senduk atau senduk-senduk, dan di Sarawak ialah ekor belangkas dan terbulan. Spesies utama kayu ini termasuk Endospermum malaccense dan E. peltatum. Gubal kayu sesenduk sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kuning cerah ketika basah dan berubah menjadi coklat muda apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata dengan ira yang bersimpul, berpilin atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 305 hingga 655 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan, dikeringkan dan diawet, tetapi tidak tahan. Kayu sesenduk ini lembut dan sesuai untuk anak mancis, papan lukisan, dulang, barang permainan kayu, kotak, dan penyepit makanan.
wayang gedekwayang gedekMuzikTiada

Teater wayang kulit di Perlis, Kedah dan Kelantan yang berasal daripada teater nang talung di selatan Thailand. Teater ini menggunakan patung kecil yang dibawa khas dari Thai­land. Bahasa Thai dan bahasa Melayu digunakan bagi cerita yang bertemakan penduduk tempatan dan epik Ramayana. Wayang gedek diiringi ensembel Thai yang terdiri daripada pi (shawm), klong that (geduk), thon (gedumbak), klong khaek (gendang), ching (kesi), mong (gong) serta saw u dan saw duang (alat muzik bertali).

tarinaitarinaiMuzikTiada

Tarian, muzik rakyat dan muzik istana yang terdapat di Perlis dan di Kedah. Tarian ini berasal dari Timur Tengah dan di-bawa ke Malaysia oleh pedagang India. Tarinai dipersembahkan semasa upacara berinai dan diiringi oleh ensembel muzik yang terdiri daripada gendang ibu dan anak, tetawak ibu dan anak, serta serunai.

beach foresthutan pantaiPerhutananPengurusan HutanKawasan hutan yang membentuk satu jaluran sempit di sepanjang pantai yang berpasir dan berbatu kecil. Pembentukannya sangat dipengaruhi pasang surut air laut. Contohnya, Hutan Temak Batu di Pulau Rebana, Perlis.
earth worktembokan tanahArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTebing tanah yang diperbuat daripada tanah liat atau lumpur untuk memagari sesuatu kawasan seperti kubu dan kota pemerintahan. Tembokan ini juga berfungsi sebagai dinding pertahanan. Contohnya, Kota Kayang 1 (Perlis).
augeringmenggerudiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiProses memasukkan pembohor ke dalam tanah untuk memperoleh struktur stratigrafi. Tujuannya adalah untuk mendapatkan struktur tanah dan data arkeologi. Sekiranya ditemui cangkerang pada pembohor, boleh diandaikan sesuatu tapak itu merupakan bekas kawasan paya atau berhampiran dengan sungai. Contohnya, di kawasan tapak arkeologi Almarhum Kayang (Perlis).
123

Kembali ke atas