Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

Definisi : (pétronas) akronim bagi Petroliam Nasional Berhad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Petronas

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Petroleum Development Act 1974Akta Pembangunan Petroleum 1974EkonomiTiada. Kuasa untuk mengawal aktiviti huluan ialah Petronas dan untuk mengawal aktiviti hiliran ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Multimedia Super Corridor (MSC)Koridor Raya Multimedia (MSC)Teknologi MaklumatTiadaSatu inisiatif Kerajaan Malaysia bagi meningkatkan aktiviti-aktiviti teknologi maklumat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab maklumat dan pengetahuan. Satu kawasan telah digazetkan untuk MSC yang keluasannya adalah 15x50 km bermula daripada Petronas Twin Tower hingga KLIA termasuk Putrajaya dan Cyberjaya. Tujuannya adalah untuk menarik syarikat melabur dengan menyediakan infrastruktur, infostruktur dan insentif kewangan seperti pengecualian cukai. Multimedia Development Corporation (MDC) ditubuhkan untuk menguruskan MSC.

implementing agencyagensi pelaksanaPentadbiranTiadaBadan yang ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu projek sehingga matlamat tercapai. Agensi pelaksana terdiri daripada syarikat, jabatan kerajaan, kementerian, atau pertubuhan antarabangsa. Agensi ini biasanya merupakan badan profesional yang mengetahui selok belok projek yang ingin dilaksanakan. Contohnya, PLUS dalam usaha membina lebuh raya baru, Petronas mencari gali minyak atau UDA membangunkan sebuah bandar baharu.
multinational corporationperbadanan multinasionalPengurusanPerancanganJenis organisasi yang beroperasi di lebih daripada satu negara yang dimiliki oleh syarikat induk dari dalam atau luar negara. Perbadanan multinasional ialah organisasi besar yang beroperasi di pelbagai negara dan perjalanan pengurusannya dikawal selia oleh syarikat induk. Contoh perbadanan multinasional ialah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), iaitu syarikat minyak dan gas kepunyaan Malaysia sepenuhnya, yang memiliki kepentingan perniagaan di lebih daripada 50 negara asing di seluruh pelosok dunia. Lihat juga strategi antarabangsa.
international businessperniagaan antarabangsaPentadbiranPentadbiran Awam

Perdagangan yang wujud di peringkat antarabangsa antara negara-negara, pertubuhan antarabangsa, perbadanan multinasional, mahupun NGO transnasional. Urusan perniagaan ini melibatkan pasaran yang luas, pelaburan luar negara, penentuan dasar sesebuah kerajaan, undang-undang antarabangsa, pertukaran matawang, keselamatan perdagangan dan taraf hidup manusia. Perniagaan antarabangsa ini menjadi intisari penting dalam arus globalisasi dunia masa kini. Contohnya Petroleum Nasional (PETRONAS), merupakan sebuah badan yang menjalankan perniagaan antarabangsa.

Kembali ke atas