Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok), Alstonia spp.; ~ pipit sj tumbuhan (pokok), medang api (kelawar, miang), jambu kelawar mengkerai hutan, setui tupai, Elaeocarpus stipularis; ~ berpangkat naik, manusia berpangkat turun prb manusia yg mati haruslah meninggalkan nama dan perbuatan yg baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Pulai

Puisi
 

Ada satu panglima Pulai,
     Pelihara janggut serta misai;
Begitu banyak kain di kedai,
     Berkain kasar dengan cindai.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PULAISejenis pokok bersaiz besar yang hidup liar di kawasan terbuka di seluruh Semenanjung Malaysia dan Asia Tenggara.PERTANIANFlora dan Fauna
TUK PULAI CHONDONGTUK PULAI CHONDONG (1792-1874), ulama.  Dia lahir di Kampung Bukit, Pulai Chondong, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Syekh Haji Abdush Shamad bin Haji Abdullah bin Imam Bira Patani.  Tuk Pulai Chondong merupakan saudara dua pupu Syekh Daud bin Abdullah al-Fatani.  Ayahnya Faqih Haji Abdullah bin Imam Haji Hasyim adalah imam di Kampung Bukit Pulai Chondong.  Dia belajar di Pulai Chondong serta tempat lain di Kelantan dan sekali-sekala belajar di Patani.  Ayahnya adalah ulama yang pakar dalam ilmu fikah, demikian juga dua orang saudara ayahnya iaitu Faqih Deramat dan Faqih Ali merupakan tokoh agama yang terkenal.  Datuknya, Imam Haji Hashim merupakan pakar dalam bidang ilmu saraf, sehingga dia bergelar Tuk Saraf.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TARIAN PULAI

TARIAN PULAI, tarian tradisional petani di kawasan pedalaman Terengganu. Tarian ini diadakan pada musim menanam padi, iaitu bertujuan untuk berhibur setelah penat bekerja sehari suntuk di sawah, di samping memohon rezeki yang lebih.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
KERETAPI TANAH MELAYU

KERETAPI TANAH MELAYU, salah satu sistem pengangkutan darat yang utama di Malaysia. Sejarah kereta api di Tanah Melayu bermula dengan pembinaan landasan  kereta api dari Johor Bahru ke Gunung Pulai pada tahun 1869. Walau bagaimanapun, pembukaan landasan kereta api Taiping-Port Weld pada 1 Jun 1885 merupakan asasi kepada kehadiran perkhidmatan kereta api Tanah Melayu yang wujud hingga masa kini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKenderaan/Pengangkutan

Kembali ke atas