Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[qur.an] | قرءان

Definisi : Ar = al-~ kitab suci yg diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad SAW utk menjadi panduan hidup manusia (utk dunia dan akhirat): membaca dan menghafaz ~; ~ buruk ki sesuatu yg tidak boleh diharapkan atau tidak berguna lagi tetapi masih dihormati kerana sebab-sebab tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[qur.an] | قرءان

Definisi : kitab suci yg telah diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad saw: membaca dan menghafaz ~. ~ buruk ki sesuatu yg tidak berapa berguna lagi tetapi kerana sebab-sebab tertentu, tetap dihormati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Quran

Peribahasa

Adat bersendi syarak,
     syarak bersendi kitabullah.

Bermaksud :

Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. kitabullah = Quran.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Tanda adat bersendi syarak, Quran dan sunah tempat bersandar; Tanda umat berbudi akhlak, Berjalan pada tempat yang benar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda adat bersendi syarak, Quran dan hadis menjadi tiang; Tanda umat berbudi akhlak, Kelakuan manis hati penyayang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata bersendi, Sendinya Quran berserta sunah; Hina bangsa kerana keji, Keji berkawan gila memerintah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata seadat kata berpangkal, Berpangkal pada Quran dan sunah; Kita seadat sama seasal, Asal tanah pulang ke tanah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu kepada syarak, Syarak berisi Quran dan sunah; Senonoh laku takahnya nampak, Duduk berdiri dirahmati Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tangkai dilurut jangan mematah, Satu terkerat semuanya layu; Sesuai menurut Quran dan sunah, Di situlah tempat tuah Melayu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ya Allah ya Tuhan kami, Nabi Muhammad penghulu kami; Kitab Quran iman kami, Kaabatullahlah kiblat kami.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bijak bestari tiada menyalah, Bila dipegang tidakkan sesat; Syarak berisi Quran dan sunah, Dialah tiang dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adapun hajat sebenar hajat, Tiada menyalah barang dituju; Adapun adat sebenar adat, Quran dan sunah ia menyatu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau terbang burung kuaran, Gantunglah jala berlapis rapat; Kalau orang menjunjung al-Quran, Junjunglah pula hadis Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas