Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Id kep Republik Arab Persatuan; ® RAB. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi dua kayu bergesel (tembakau dihiris dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; sama ~ sama padan: dua salur yg sama ~, satu menyelaputi akar biji dan yg satu lagi menyelaputi batang biji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kd 1. sudah boleh dikerjakan atau disiapkan utk ditanami (tanah sawah); 2. cekap, cekatan (manusia dan binatang): ~ sungguh budak ini, ke dapur dan ke majlis boleh diharap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata RAP


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi dan terima kasih kerana sudi membantu. 1) "Rapper" merujuk kepada seorang yang membuat persembahan jenis muzik rap. Apakah istilah yang paling sesuai untuk "rapper" - "ahli rap", "pemuzik rap", "rapper" atau apa-apa istilah lain? 2) Apakah istilah yang paling sesuai untuk "given name" bagi orang yang tidak semestinya beragama Kristian - "nama sendiri", "nama diberi", "nama pertama" atau apa-apa istilah lain? 3) Apakah istilah yang sesuai untuk "birth name" - bolehkah "nama lahir" diterima? 4) "Stage name" merujuk kepada nama yang dipegang oleh seorang pelakon atau penghibur bagi tujuan profesional. Apakah istilah yang paling sesuai untuk "stage name" - "nama samaran", "nama pentas" atau apa-apa istilah lain? Sekali lagi, terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang boleh digunakan untuk perkataan bahasa Inggeris yang berikut:

  1. Rapper = penyanyi rap/pemuzik rap/penari rap
  2. Given name = nama sendiri/nama pertama/nama diberi
  3. Birth name = nama lahir
  4. Stage name = nama pentas/nama samaran
Pemilihan padanan bahasa Melayu yang sesuai bergantung pada penggunaan perkataan dalam konteks ayat.
Istilah24.06.2019
Dalam bahasa Inggeris "Sing it" diterjemahkan ke "Nyanyikannya". Jadi "Rap it" patut diterjemahkan ke "Rapkannya" atau "Nyanyikan rap"? Terima kasih atas bantuan tuan/puan."Rap it" boleh diterjemahkan kepada rapkan (sesuatu). Contoh: Rapkan lagu itu.Makna11.11.2022
Bagaimanakah pemenggalan suku kata untuk perkataan 'sarapan'? Adakah menjadi sa-ra-pan atau sa-rap-an? Ini kerana sarapan mempunyai kata dasar sarap tetapi telah menjadi kata terbitan. Jadi bolehkan ia dipenggal menjadi sa-rap-an

Pemenggalan yang betul bagi kata 'sarapan' ialah [sa.ra.pan] bukan [sa.rap.an] walaupun berasal daripada kata 'sarap'.

Lain-lain09.01.2009
Apakah ceraian suku kata bagi perkataan "sarapan"? Adakah (sa+ra+pan) atau (sa+rap+an)Jawapan yang betul ialah (sa+rap+an)Tatabahasa12.10.2017
Merujuk kepada jawapan yang diberikan sebelum ini bahawa istilah rapper tiada dalam data DBP, jadi apakah istilah yang kini digunakan di Malaysia untuk merujuk kepada mereka yang melakukan muzik rap? Terima kasih.

Berdasarkan semakan dalam data DBP, sehingga kini belum ada lagi istilah rapper. Namun begitu, Istilah rap telah pun ada dalam Kamus Seni Muzik terbitan DBP. Dalam Kamus tersebut rap ialah naratif vokal yang diucapkan dengan rentak tertentu. Rap merupakan satu elemen budaya hip hop yang muncul dalam masyarakat  orang kulit hitam pada tahun 1970-an. Berkemungkinan rap diambil dari istilah rapper. Oleh itu, kami mencadangkan istilah rap boleh digunakan di Malaysia.

Istilah24.05.2017
dalam KBSR digunakan perkataan 'penyerapan nilai' manakala dalam KSSR menggunakan 'penerapan nilai'. kedua-dua perkataan tersebut merujuk kaedah pengajaran. Adakah penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam konteks pengajaran?

Kamus Dewan mentakrifkan penyerapan sebagai proses (perbuatan dan sebagainya) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; pengambilan dan pemasukan ke dalam (sesuatu sistem, fikiran), penerimaan (dan penyebatian).


Penerapan pula ialah perihal (perbuatan dan sebagainya) mene­rap atau memasang (enjin dan lain-lain), pemasangan (enjin dan lain-lain); perihal (perbuatan dan sebagainya) mene­rapkan (mengenakan pada, menyerapkan, dan sebagainya), perbuatan  mempraktikkan.


Berdasarkan takrifan, penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam pengajaran.

Tatabahasa10.04.2013

Kembali ke atas