Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Bio) kep ribonucleic acid (asid ribo­nukleik, iaitu sj asid nukleik yg terdapat dlm semua sel organisma hidup, yg me­mainkan peranan penting dlm sintesis protein dan juga merupakan bahan genetik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata RNA


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cross hybridizationpenghibridan silangBiologiGenetikPembentukan hibrid DNA-DNA, RNA-DNA atau RNA-RNA antara prob dan asid nukleik sasaran yang mempunyai jujukannukleotida yang berpelengkap.
small satellite RNARNA satelit kecilBiologiGenetikMolekul RNA kecil yang berasosiasi dengan sesetengah virus RNA tumbuhan. RNA satelit.
ribonucleic acid (RNA)asid ribonukleik (RNA)FizikNanoteknologiSejenis molekul yang terdiri daripada rantaian panjang asid nukleik. Molekul RNA sama seperti molekul DNA, tetapi yang berbeza ialah RNA mengandungi ribosa sementara DNA mengandungi deoksiribosa. Kebanyakan RNA, termasuk RNA pengutus dan RNA pemindah, berfungsi sebagai perantaraan untuk memindahkan maklumat genetik yang tersimpan dalam DNA ke dalam protein supaya sel dapat menjalankan metabolisme. RNA ialah nanowayar tabii.
small cytoplasmic RNARNA sitoplasma kecilBiologiGenetikMolekul RNA yang menyerupai RNA nukleus kecil tetapi berada dalam sitoplasma. Dalam keadaan aslinya, RNA ini didapati dalam zarah ribonukleoprotein kecil.
RNA sequencing/RNA-Seqpenjujukan RNABioinformatikBioinformatik MolekulKaedah untuk menentukan jujukan RNA dengan menggunakan penjujukan generasi hadapan (NGS).
messenger RNARNA pengutusFizikNanoteknologiBentuk RNA yang menjadi perantara bagi pemindahan maklumat genetik daripada sel nukleus ke ribosom dalam sitoplasma. Pengutus RNA berfungsi sebagai templat bagi sintesis protein. Molekul mRNA adalah pendek berbanding DNA dan merupakan nanodawai pendek.
small nuclear RNARNA kecil nukleus (snRNA)BiologiGenetikSpesies RNA kecil yang wujud di dalam nukleus. Sebilangannya terlibat dalam proses hiris-cantum atau tindak balas pemprosesan RNA yang lain.
recombinant RNA technologyteknologi RNA rekombinanBiologiGenetikTeknik untuk menggabungkan molekul RNA asing atau hirisan RNA berlainan daripada spesies yang sama.
liquid hybridizationpenghibridan cecairBiologiGenetikPembentukan rantai asid nukleik berheliks ganda-dua (DNA dan DNA, dan RNA, atau RNA dan RNA) daripada pelengkap bebenang tunggal dalam larutan.
messenger RNARNA pengutusPerubatanTiadaRNA yang membawa maklumat tentang kod genetik DNA dari nukleus sel ke ribosom, dan kod itu ditukarkan kepada protein.
12345678910...

Kembali ke atas