Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rampas
Kata Terbitan : merampas, rampasan, perampasan, perampas,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUDETA

Kudeta ialah rampasan kuasa secara mengejut

terhadap pemerintahan sesuatu kerajaan oleh

sekumpulan perancang. Kumpulan perancang

itu biasanya terdiri daripada pegawai awam

yang mengancam dan seterusnya menggunakan

angkatan bersenjata, polis dan komunikasi

negara dalam rampasan kuasa.

UMUM 
ARISTIDE, JEAN-BERTRAND

Aristide, Jean-Bertrand (1953– ) ialah bekas

Presiden Haiti. Dia menjadi presiden yang

pertama dipilih secara demokrasi pada bulan

Disember 1990. Tetapi, pada bulan September

1991, dia digulingkan dalam rampasan kuasa

tentera dan hidup dalam buangan di Amerika

Syarikat. Pada bulan Oktober 1994, dia kembali ke

Haiti dan menuntut balik untuk menjadi presiden.

UMUM 
AIDIT D.N.

Aidit D.N. (1923–1965), mengetuai Parti Komunis

Indonesia dari tahun 1951 hingga tahun 1965. Dia

berjaya membina sebuah parti politik Indonesia

yang terbesar dan tersusun dengan baik, dengan

keanggotaan lebih daripada tiga juta orang. Parti

Komunis yang diketuainya menyokong Presiden

Sukarno. Selepas percubaan rampasan kuasa oleh

pegawai tentera prokomunis pada tahun 1965, Aidit

melarikan diri ke Jawa Tengah, dan dia telah

ditembak di sana.

UMUM 

Kembali ke atas