Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Rom 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEMBOK HADRIAN

Tembok Hadrian dibina oleh Maharaja Rom,

Hadrian, pada tahun 120-an M. merentasi utara

Britain di antara Solway Firth dengan muara Sungai

Tyne. Tembok ini dibina untuk menandakan

sempadan Britain Rom, dan untuk menghalang

serangan dan penyeludupan oleh kaum Pict dan Scot.

Sebahagian tembok dibina menggunakan batu

dan sebahagian lagi merupakan tetembok daripada

rumput. Terdapat beberapa kubu kecil, dikenali

sebagai milecastle (kastil sebatu) , dibina selang

sebatu (kira-kira 1.6 kilometer) setiap satu di

sepanjang tembok ini, di samping 23 kubu besar ini.

Vallum ialah parit yang selari dengan tembok. Banyak

bahagian tembok ini masih kukuh hingga kini.

Lihat juga Tembok Rom.

UMUM 
MILAN

Milan (pend. 1 369 231), bandar kedua terbesar di

Itali. Rom mempunyai lebih penduduk berbanding

Milan. Milan terkenal sebagai pusat kewangan,

pembuatan dan perdagangan antarabangsa yang

utama bagi Itali. Bandar terletak di utara Itali,

berhampiran dengan jalan tembus melalui

pergunungan Alps. Ini menjadikannya sebagai

pusat perdagangan sejak tahun 100-an M. (lihat Itali

[peta politik]). Ramai pelancong yang melawat

Milan untuk melihat hasil seni yang tidak ternilai

harganya di situ. Milan ialah ibu wilayah Lombardy,

salah satu wilayah politik Itali. Nama bandar ini

dalam bahasa Itali ialah Milano.

UMUM 
NAPLES

Naples (pend. 1 067 365) merupakan bandar

ketiga terbesar di Itali selepas Rom dan Milan.

Bandar ini terletak di kaki banjaran bukit pantai

barat di selatan Itali. Untuk lokasi Naples, lihat Itali

(peta politik).

UMUM 
SEPTEMBER

September ialah bulan kesembilan dalam

setahun menurut kalendar Gregory yang

kini digunakan hampir di seluruh dunia.

September merupakan bulan ketujuh dalam

kalendar lama Rom purba dan namanya berasal

daripada perkataan Latin, Septem yang

bermaksud tujuh . Kemudian September menjadi

bulan kesembilan apabila orang Rom purba

menggerakkan permulaan tahun mereka dari

1 Mac kepada 1 Januari. September mempunyai

29 hari, 31 hari, dan 30 hari sejak zaman maharaja

Rom Augustus.

UMUM 
SNELL, PETER

Snell, Peter (1938– ), salah seorang pelari

jarak sederhana yang terhebat. Pada tahun 1962,

dia mencipta tiga rekod dunia, iaitu untuk acara

lumba lari sebatu (3 minit 54.4 saat), acara 880 ela

(1 minit 45.1 saat), dan acara 800 meter (1 minit 44.3

saat). Penyertaannya dalam Sukan Olimpik

sebanyak dua kali menghasilkan tiga pingat emas

untuknya. Dia menjuarai acara 800 meter

kejohanan tahun 1960 di Rom. Kemudian, pada

sukan tahun 1964 di Tokyo, dia memenangi acara

800 meter dan 1500 meter. Snell lahir di Opunake,

di Pulau Utara, New Zealand. Dia bersara daripada

bidang olahraga pada tahun 1965.

UMUM 
OKTOBER

Oktober ialah bulan ke-10 dalam satu tahun

mengikut kalendar Gregory, yang kini digunakan

di hampir seluruh dunia. Namanya diambil

daripada perkataan Latin yang bermaksud lapan.

Oktober ialah bulan kelapan dalam kalendar awal

orang Rom. Ia kemudiannya menjadi bulan ke-10

apabila orang Rom mengalihkan permulaan tahun

dari 1 Mac kepada 1 Januari. Oktober mempunyai

31 hari semenjak zaman maharaja Rom, Augustus.

UMUM 
SURAH AL-RUM

Surah al-Rum ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-30 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 60 ayat. Surah

ini bernama al-Rum sebagai satu mukjizat untuk

menunjukkan kebenaran berita dalam al-Qur’an.

Firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an yang

bermaksud:

Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah

dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka

sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan

lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun

...”.

(Surah al-Rum 30:1–4)

UMUM 

Kembali ke atas