Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep short message service (khidmat pesanan ringkas, iaitu khidmat yg memboleh­kan teks ringkas dsb dihantar dan diterima dgn menggunakan telefon bimbit, komputer peribadi dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kep short message service (khidmat pesanan ringkas, iaitu khidmat yg membolehkan teks ringkas dsb dihantar dan diterima dgn menggunakan telefon bimbit, komputer peribadi dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata SMS


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kelemahan dan kebaikan SMS? adakah SMS merosak kan bahasa melayu dan penggunaan SMS dikalangan golongan berpendidikan dan golongan tidak berpendidikan.

Sila rujuk bahan ini :

 1. Bahasa dan komunikasi dalam penggunaan sms / PEMIKIR : April 2007.

2. Komunikasi kreatif sms/ Dewan Bahasa : Mei 2005.

3. Pengaruh sms terhadap bahasa Melayu / Dewan Bahasa : Julai 2007

 

 

 

 

   
 Supyan HusainDewan Bahasa01/05/2005
Komunikasi kreatif sms?Jyh Wee SewDewan Bahasa01/05/2005Terperinci
Pengaruh sms terhadap bahasa MelayuZaidi IsmailDewan Bahasa01/07/2005Terperinci
Pengaruh SMS terhadap Bahasa Melayu Syazwan Azri ZabidiPelita Bahasa 01/07/2005
Lain-lain25.04.2008
apa itu bahasa sms dan apakah cabaran terhadap bahasa melayu?Khidmat Pesanan Ringkas (short message service - SMS)  merupakan suatu khidmat yang begitu popular dalam kalangan pengguna telefon bimbit. SMS telah dilancarkan secara komersial di Malaysia pada tahun 1995. Bahasa SMS ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi secara tulisan melalui saliuran SMS, dan bahasa yang lazim digunakan ialah bahasa yang tidak baku atau bahasa basahan. Bahasa ini dari aspek leksikalnya mempunyai unsur-unsur capmuran antara bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa daerah / dialek. Penggunaan bahasa SMS yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS, terutamanya dalam SMS yang disiarkan di TV telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli bahasa kerana gejala ini boleh memberi kesan buruk terhadap perkembangan bahasa Melayu. Dalam hal ini, DBP sedang mengusahakan buku Panduan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sebagai rujukan pengguna, dan  khususnya dalam penggunaan SMS bagi tujuan rasmi.  Makna30.03.2008
Ingn tahu peranan DBP untuk mengatasi penggunaan bahasa SMS yang kian berluasa penggunaannya dikalangan masyarakat. Bagimanakah seandainya penggunaan bahasa SMS tidak dapat di kawal.

Khidmat Pesanan Ringkas (short message service - SMS)  merupakan suatu khidmat yang begitu popular dalam kalangan pengguna telefon bimbit. SMS telah dilancarkan secara komersial di Malaysia pada tahun 1995. Bahasa SMS ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi secara tulisan melalui saliuran SMS, dan bahasa yang lazim digunakan ialah bahasa yang tidak baku atau bahasa basahan. Bahasa ini dari aspek leksikalnya mempunyai unsur-unsur campuran antara bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa daerah / dialek. Penggunaan bahasa SMS yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS, terutamanya dalam SMS yang disiarkan di TV telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli bahasa kerana gejala ini boleh memberi kesan buruk terhadap perkembangan bahasa Melayu. Dalam hal ini, DBP telah mengusahakan buku Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sebagai rujukan pengguna, dan  khususnya dalam penggunaan SMS bagi tujuan rasmi.  Sdr. boleh membuat rujukan Panduan Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bahasa Melayu di laman web ini http://www.dbp.gov.my/khidmatsms.pdf.

Selain itu juga, bagi membantu sdr. menyelesaikan persoalan ini, sdr. bolehlah mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan. Untuk makluman, keahlian Rakan Dewan  terbuka kepada individu rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Keterangan tentang Rakan Dewan dan borang keahlian boleh didapati di laman DBP di bawah menu Perkhidmatan. Sdr. boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Sila kunjungi atau hubungi Pusat Dokumentasi Melayu di talian 03-2148 3541/3540 sekiranya sdr. memerlukan maklumat  lanjut. 

Lain-lain13.07.2010
Adakah DBP pernah menjalankan Research mengenai SMS: adakah ianya membawa keburukan kepada Bahasa Melayu?Penggunaan bahasa Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS telah melahirkan kerisauan kepada ahli bahasa kerana  gejala ini telah memberikan kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu. Atas kesedaran tersebut, DBP telah menganjurkan "Seminar Penyelidikan: Perkembangan dan Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu" pada 19 April 2005. Lanjutan daripada seminar tersebut, DBP telah menerbitkan risalah Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu. Risalah ini diharapkan dapat dijadikan panduan dalam penulisan SMS yang standard.  Lain-lain21.06.2010
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa sms? apakah baik dan buruknya bahasa sms dalam penggunaan bahasa melayu?Bahasa sistem pesanan ringkas (sms) digunakan secara meluas  pada hari ini terutamanya  melalui medium telefon bimbit. Kecenderungan ini timbul kerana wujud  halangan ruang dan tempoh serta kos yang tinggi. Selain itu, sistem ini amat cepat dan berkesan. Dari segi keburukannya pula, pengguna akan menjadi lazim untuk melakukan kesalahan tatabahasa, tidak kreatif dan tiada kesantunan berbahasa.Makna15.02.2008
salam..tolong berikan kesan penggunaan bahasa SMS terhadap ketulinan bahasa melayu sekarang dan berikan contoh-contoh bahasa SMS yang boleh merosakkan bahasa.terima kasih.
Pengaruh sms terhadap bahasa MelayuZaidi IsmailDewan Bahasa01/07/2005Terperinci
Pengaruh SMS terhadap Bahasa Melayu Syazwan Azri ZabidiPelita Bahasa 01/07/2005
Bahasa dan komunikasi dalam penggunaan SMSSupyan Hussin dan Rosniah MustaffaPEMIKIR01/04/2007Terperinci
Bahasa sms bahasa dinamis?Supyan HusainDewan Bahasa01/05/2005Terperinci
Bahasa SMS: ragam remajaIbrahim Ahmad, Dr.,Dewan Siswa01/03/2007
Lain-lain20.03.2008
penggunaan bahasa SMS dan implikasinya terhadap bahasa Melayu (research articles) kalau ada.

Saudara Johanis,

Untuk mendapatkan makalah tentang perkara ini saudara perlu membuat kajian dan rujukan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara. 

Lain-lain26.05.2010
tuan/puan saya ingin bertanya pendapat tuan/puan mengenai 'memendekkan perkataan dalam penggunaan sms akan merosakkan bahasa ibunda?' terima kasih

Puan,

Dalam kiriman sms pengguna memendekkan perkataan hanya untuk tujuan meringkaskan teks pesanan yang hendak disampaikan. Ini tidak bermakna bahasa tersebut dirosakkan kerana bentuk bahasa yang digunakan hanyalah dalam sms tersebut yang melibatkan dua pihak.     

 

Lain-lain14.06.2010
SMS, istilah BM Sistem Pesanan Ringkas. Kenapa tidak kita terima Sistem Mesej Singkat? Singkatannya juga SMS. Saya rasa Puan Noresah Baharom pernah menggunakannya.

Y.Bhg. Datuk,  terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Memang betul Puan Noresah pernah menggunakan Sistem Mesej Ringkas tetapi setelah diteliti dan juga setelah dibincangkan kita telah membuat keputusan bahawa Sistem Pesanan Ringkas adalah lebih tepat dan lebih berbunyi Melayu daripada Sistem Mesej Ringkas. Terima kasih.

Istilah18.09.2009
Apakah perkataan 'SMS', 'headphone', 'earphone' dan 'broadband' dalam bahasa Melayu?Dalam data kami padanan 'SMS' ialah khidmat pesanan ringkas, 'earphone' ialah fon telinga dan 'broadband' ialah jalur lebar. Untuk rujukan sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Makna03.11.2015
1234

Kembali ke atas