Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Seri Paduka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata SP


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mohon maklumat tentang bahan cetakan seperti Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) untuk Kurikulum Kebangsaan bagi kategori Sekolah Prasekolah, Sek Kebangsaan dan Sek Menengah. Adakah bahan tersebut boleh didapati dipasaran ketika ini atau dimana boleh kami dapatkan selain di internet. Sekian Terima kasih.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain14.12.2015
Saya ingin merujuk kepada panggilan hormat seorang ketua jabatan persekutuan (SP AM Bil 4 Tahun 2014, ms.9) apabila digunakan pada surat rasmi pada ruangan selepas alamat penerima, adakah perlu letak YBrs. Tuan, atau Tuan sahaja. yang mana satu yang betul? jika YBrs. Tuan adalah betul, adakah perlu meletakkan YBrs. Tuan pada kandungan surat tersebut (contoh..Perkara diatas adalah dirujuk...2. Sukacita dimaklumkan YBrs. Tuan..atau Tuan...adalah dipilih untuk... sekian, terima kasih"Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang  memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. 

Oleh itu, penggunaan yang tepat ialah "Tuan" sahaja. Walau bagaimanapun, "YBhg. Tuan" boleh juga digunakan selepas alamat tersebut jika beliau seorang ketua/pegawai tertinggi kerajaan. Manakala untuk panggilan dalam kandungan surat memadai "tuan" sahaja.

Lain-lain24.06.2021
salam 1 Malaysia, soalan saya, adakah saya perlu untuk meletakkan tanda koma selepas perkataan (ini bermakna dan manakala) bagi ayat berikut: Ini bermakna, responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala, dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. terima kasihIni bermakna responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. Tidak perlu tanda koma selepas kedua-dua perkataan tersebut, walau ada jeda (berhenti sebentar) sewaktu kita membacanya.Tatabahasa07.08.2015
Pada 14 November 2017, sekitar jam 9.13 pagi saya telah masukkan RM30 untuk bayaran kelulusan pengiklanan DBP. Mesin CDM yang saya gunakan bertempat di SP Plaza Sungai Petani. Nombor akaun 14023010018002. Mesin tersebut tidak mengeluarkan resit. Oleh itu tiada bukti bagi pihak saya untuk dirujuk. Mohon pihak tun semak dan maklumkan kepada saya. Terima kasih.Mohon tuan menelefon kami di Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-21472000/9400/9500 dan memaklumkan perkara ini serta memberikan nombor permohonan supaya kami berusaha mengesan bayaran yang telah diterima. Sekian. Terima kasih.Lain-lain14.11.2017
Salam 1Malaysia. soalan 1. apakah tanda ayat yang paling sesuai digunakan dalam ayat? ( , ) atau ( ; ) soalan 2. yang manakah contoh ayat yang paling sesuai untuk menyatakan perbandingan antara dua responden. Contoh 1. Ini bermakna lebih ramai responden guru yang memiliki ikhtisas SP yang berkompetensi tinggi berbanding responden guru yang memiliki ikhtisas SMP dalam mengurus aktiviti pembelajaran kumpulan dalam bilik darjah, memenuhi keperluan tugas dan tanggungjawab seperti dalam senarai tugas yang diberikan oleh pengetua, pengurusan masa yang berguna untuk meningkatkan tahap profesionalisme seorang pendidik, mengurus sumber-sumber PdP, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan polisi penambahbaikan sekolah. contoh 2. Ini bermakna lebih ramai responden guru yang memiliki ikhtisas SP yang berkompetensi tinggi dalam mengurus aktiviti pembelajaran kumpulan dalam bilik darjah, memenuhi keperluan tugas dan tanggungjawab seperti dalam senarai tugas yang diberikan oleh pengetua/guru besar sekolah, pengurusan masa yang berguna untuk meningkatkan tahap profesionalisme seorang pendidik, mengurus sumber-sumber PdP, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan polisi penambahbaikan sekolah berbanding responden guru yang memiliki ikhtisas SMP. mohon pembetulan dan penjelasan jika perlu. tqUntuk makluman tuan, tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah - memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan seperti Ali membeli rambutan, langsat dan durian. Tanda koma bertitik (;) pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambungkan dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu seperti Membaca menambahkan ilmu; dan berfikir mempertajam akal. Sila rujuk maklumat berkenaan untuk disesuaikan dengan teks yang tuan kemukakan.Ejaan02.09.2015
APAKAH HIRAKI GELARAN TERTINGGI DI MAAYSIA MENGIKUT KEUTAMAANNYA. CONTAOHNTA DATO' DENGAN DATUK, DATUK SERI TAN SRI DAN YANG LAIN-LAIN PANGKAT

Merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan, halaman 327, Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri ialah:

1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa/SP (Persekutuan)

2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia/DKM (Persekutuan)

3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara/DMN (Persekutuan)

4. Darjah Kerabat 1/DK 1 (Johor)

5. Darjah Kerabat/DK (Kelantan) dan seterusnya sehingga ke senarai 211.

Dalam hal ini, saudara perlu merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, JPM kerana setiap pingat membawa gelarannya tersendiri dan susunan keutamaan seperti dalam buku yang tersebut di atas. Untuk makluman saudara penerima pingat daripada Sultan/Yang di-Pertuan Besar bergelar Dato'/Dato' Seri, manakala penerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri bergelar Datuk.

Lain-lain21.09.2011
[Kaboi] ialah istilah bagi [kumbang] di utara Malaysia(uM) . Dialek Kelantan pula disebut [Kabo]. Dalam ejaan baku. [-o][uM] biasanya ditulis sebagai [-u] eg. sagon--> sagun. Jadi [Kaboi] cara baku adalah [Kabui]. Kamus Dewan 4 memasukkan kedua-dua [kaboi] dan [kabui] mengelirukan saya .Dalam sektor pertanian, jumpanya perkataan [Kumbang Kaboi Perang](Adoretus compresus) dan [Kumbang Kaboi Hitam](Apogonia sp.). Nampaknya Kaboi lebih cenderung penamaan kepada [chafer Bettle] atau [cockchafer]. a) Apakah jenis kumbang dalam KD4 ([Kaboi] sj kumbang.) ? b) Adakah Penggunaan [Kumbang + Kaboi] itu sah? b) Apakah istilah untuk [chafer] & [cockchafer] dalam MelayuBerdasarkan maklumat daripada Kamus Dewan, kaboi ialah kumbang dan kabui ialah kumbang tanduk. Dalam bidang bilogi dan perhutanan chafer ialah kumbang Mei dan cockchafer ialah kumbang kabai.Istilah04.07.2015
MAKLUMAT SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHUN 2005 DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHUN 2005?

Untuk mendapatkan maklumat Huraian Sukatan Pelajaran dan Sukatan Peajaran Bahasa Melayu, anda boleh melayari laman web Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) http://www.ppk.kpm.my/.

HSP dan SP juga ada dijual di Kedai Buku Koperasi DBP Ibu Pejabat.

Lain-lain03.02.2008
Salam sejahtera. sy tgh membuat kajian bagaimana murid2 bukan melayu (sekolah rendah) blh menguasai bahasa melayu dgn lbh senang, khususnya dr segi pertuturan, pembacaan & penulisan. adakah pihak DBP blh kongsi bbrp sumber/link/tips yg blh membantu sy? tkaseh byk2! Yg Ikhlas, Benz NG

Salam sejahtera,

Rujukan Pautan Perkhidmatan dan Produk Dewan Bahasa dan Pustaka

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka boleh mencadangkan beberapa perkara seperti yang berikut:

1.    1. Melalui skop buku sekolah, fokusnya untuk mencapai sukatan pelajaran (SP) daripada Dokumen Standard Kurikulum (DSKP). Antara bahan sokongan yang disediakan ialah dalam bentuk Kod QR dan AR, boleh diperoleh dalam buku teks Bahasa Melayu SJK. Untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Video paparan disertakan dalam AR Kod ni. Contohnya bagaimanakah untuk mengetahui bacaan sajak, syair, seloka dan lain-lain.

2.    2. Mempelbagaikan bahan bacaan seperti buku, majalah, artikel atau bahan sokongan lain dalam Bahasa Melayu bagi mempertingkatkan lagi penguasaan murid dalam Bahasa Melayu.

3.    3. Selain daripada buku, boleh juga menyertai kegiatan anjuran DBP yang dilaksanakan oleh Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum atau bahagian lain.

4.    4. Maklumat mengenai kegiatan atau program DBP boleh diperoleh daripada:Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

5.    5. Cadangan beberapa pautan DBP yang boleh dijadikan rujukan:

a.      Maklumat umum tentang kegiatan DBP: http://lamanweb.dbp.gov.my/

b.      Artikel penerbitan maya DBP: https://jendeladbp.my/

c.      Rujukan carian perkataan dalam bahasa melayu: https://prpm.dbp.gov.my/

d.      Kursus atau bengkel anjuran DBP: http://akademi.dbp.my/wordpress/

e.      Carian buku rujukan dalam Pusat Dokumentasi Melayu: http://pustakav2.dbp.gov.my/

f.       Carian buku terbaru terbitan DBP: https://dbpniaga.my/

6. Bagaimanapun, sumber lain juga boleh diperoleh daripada google melalui carian umum tentang “cara menguasai bahasa melayu sekolah rendah”, terdapat beberapa artikel mengenai perkara tersebut yang boleh dijadikan rujukan.

Sekian terima kasih.

Lain-lain25.05.2021

Kembali ke atas