Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Seri Paduka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata SP


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sp.sp.HerbaBotani dan BioteknologiKependekan bagi perkataan spesies. �sp.� digunakan selepas nama genus untuk menunjukkan bahawa identiti tumbuhan tersebut belum dapat dikenal pasti. Nama tumbuhan ditulis seperti Hopea sp. (merawan). Hal ini berlaku apabila sampel tumbuhan yang dikutip tidak matang atau identiti tumbuhan tidak boleh dikenal pasti dengan tepat pada peringkat spesies.
Egeria sp.Egeria sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan tenggelam yang menyerupai Hydrilla sp. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai daun bilah berbentuk lanseolat yang tersusun dalam pusingan 3 – 6 helai daun. Contoh Hydrilla sp. ialah Egeria densa dan Egeria najas. Daun Egeria densa mempunyai kelebaran sebanyak 0.3 – 0.4 cm, iaitu lebih lebar berbanding Egeria najas dengan kelebaran 0.1 – 0.2 cm. Egeria sp. boleh menyerap karbonat dalam air untuk proses fotosintesis. Egeria Sp. juga memerlukan cahaya dan nutrien yang tinggi. Lihat juga Hydrilla sp.
Echinodorus sp.Echinodorus sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang berasal dari Amerika Selatan. Echinodorus sp. kebiasaannya tumbuh di kawasan paya. Tangkai daun dan bunga Echinodorus sp. tumbuh dari bahagian tuber atau akar. Daunnya pula bersaiz lebar dan berbentuk bulat atau bujur. Setiap tangkai bunganya mempunyai kelompok-kelompok bunga berwarna putih. Echinodorus sp. juga dikenali sebagai orkid air yang sering digunakan untuk menghias akuarium. Antara jenis Ecinodorus sp. ialah Echinodorus angustifolius, Echinodorus amazonicus, Echinodorus argentinensis, Echinodorus berteroi dan Echinodorus bleheri.
Hygrophila sp.Hygrophila sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul. Hygrophila sp. merupakan tumbuhan berbunga daripada famili Acanthaceae. Antara jenis Hygrophila sp. yang digunakan sebagai tumbuhan akuarium ialah Hygrophila corymbosa, Hygrophila difformis, Hygrophila lacustris dan Hygrophila polysperma.
Hydrocotyle sp.Hydrocotyle sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul. Hydrocotyle sp. juga dijadikan sebagai hiasan di dalam akuarium. Antara jenis Hydrocotyle sp. ialah Hydrocotyle leucocephala, Hydrocotyle sibthorpioides dan Hydrocotyle verticillata.
Micranthemum sp.Micranthemum sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang tumbuh secara merayap. Micranthemum sp. mempunyai batang yang kurus dengan 3 – 4 helai daun berbentuk lanseolat sepanjang 1.0 cm. Daunnya tersusun secara berputar dan tumbuh setinggi 0.5 cm. Micranthemum sp. juga boleh tumbuh sehingga 15 cm di dalam air. Antara jenis Micranthemum sp. ialah Micranthemum micranthemoides dan Micranthemum umbrosum.
Cryptocoryne sp.Cryptocoryne sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul. Cryptocoryne sp. ini terdapat di Malaysia dan tumbuh di kawasan paya, dalam sungai dan kawasan air terjun. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai tuber yang juga merupakan tempat tumbuhnya daun. Salah satu keistimewaan tumbuhan ini ialah bunganya berbentuk seperti trompet. Cryptocoryne sp. ini juga merupakan antara tumbuhan yang sering digunakan untuk menghias akuarium. Antara contoh Cryptocoryne sp. ialah Cryptocoryne affinis, Cryptocoryne albida, Cryptocoryne becketii, Cryptocoryne ciliata dan Cryptocoryne cordata.
Eriocaulon sp.Eriocaulon sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang tumbuh banyak di kawasan paya. Eriocaulon sp. dikenali juga sebagai Pipewort yang mempunyai bunga berbentuk bola di hujung tangkai bunganya. Dua jenis Eriocaulon sp. yang sering dijadikan tumbuhan akuarium ialah Eriocaulon cinereum dan Eriocaulon setaceum.
Ceratophyllum sp.Ceratophyllum sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan terapung yang juga dikenali sebagai Hornwort atau Coontail. Ceratophyllum sp. ini kelihatan seperti bulu ekor kucing. Pokoknya pula sering menjadi tempat persembunyian anak ikan. Jenis Ceratophyllum sp. ialah Ceratophyllum demersum.
Barclaya sp.Barclaya sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan terapung yang melekat pada substrat. Barclaya sp. mempunyai daun berbentuk lanseolat dengan kedudukan seperti roset. Tumbuh-tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan Asia Tropika, Thailand dan Myanmar. Jenis-jenis Barclaya sp. termasuklah Barclaya longifolia, Barclaya motleyi dan Barclaya rotundifolia.
12345678910...

Kembali ke atas