Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Suruhanjaya Pilihan Raya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata SPR


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud dwibahasa yg pihak DBP maksudkan,adakah spr di bawah:- 1. wiring 2. aircond 3. tinted 4. accessoriesTerjemahan yang dicadangkan ialah:
1. Wiring - Pendawaian
2. Aircond - Penyaman Udara
3. Tinted - Filem Penapis Haba
4. Accessories - Aksesori
Penyemakan dan penterjemahan22.05.2017
bantuan semakan bagi pepatah, betul atau salah spr dibawah: PERIBAHASA ADA BERKATA, DI DALAM DUNIA HAIWAN TIDAK ADA MANUSIA. betul ke salah bagi ayat peribahasa, atau boleh guna kata-kata lain. terima kasih.

Peribahasa ini tiada dalam rujukan kami.

Tatabahasa21.04.2010
Hakim Lau juga tidak menerima hujah Pejabat Peguam Negara bahawa permohonan itu bersifat akademik semata-mata berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lalu bahawa SPR dan bukan Speaker mempunyai hak untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi pilihan raya. Apakah maksud 'bersifat akademik' dalam petikan tadi?Bersifat atau mengenai ilmu pengetahuan.Lain-lain22.10.2009
Salam sejahtera. Berdasarkan Kamus Dewan, barong ditakrifkan sebagai Jw sj tarian yg penarinya memakai topeng binatang. Walau bagaimanapun, dalam buku teks Bahasa melayu muka surat 221, baris terakhir cerpen: Petugas di barong SPR menunjukkan isyarat masih sempat kepada Fazrin. Ternyata barong tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Apakah perkataan yang sepatutnya?Perkataan barong pada ayat yang dinyatakan boleh digantikan dengan pondok atau reruai.Istilah01.10.2020
Apakah perbezaan reruai dan barung?

Takrif reruai dan barung dalam Kamus Dewan Perdana:


reruai
n ruang bagi mempamerkan atau menjual produk atau perkhidmatan, biasanya sementara di gedung membeli-belah, tapak pameran dsb:
Pelbagai syarikat telekomunikasi mempunyai reruai dan kedai di Mara digital.

 
barungn kaunter atau pondok khas yg disediakan di pusat pengundian utk kemudahan pengundi membuat semakan ttg maklumat pengundian: Pd hari mengundi, semakan boleh dibuat di barung SPR yg disediakan di pusat-pusat mengundi.

Makna12.08.2023

Kembali ke atas