Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Seri Setia Mahkota (pingat kelas satu dlm Darjah Yang Mulia Seri Mahkota Malaysia, pemegangnya disebut Tun dan isterinya Toh Puan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kep Sistem Saraan Malaysia, iaitu sistem perkhidmatan awam bagi kakitangan kerajaan, yg menggantikan Sistem Saraan Baru mulai 1 November 2002, yg berteraskan kompetensi dlm pengurusan sumber manusia, penilaian tahap kecekapan, serta menggalakkan pembelajaran secara berterusan di kalangan staf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata SSM


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, SSM telah menerima aduan tentang penggunaan perkataan 'Terfaktab' oleh perniagaan yang didaftarkan atas nama Terfaktab Media. Rujukan kamus dewan (edisi 4, DBP 2010) dan (Kamus Melayu Inggeris DBP 2012) mendapati perkataan tersebut tiada dalam senarai. Rujukan kepada kamus dialek (http://kamusdialek.com), perkataan terfaktab berasal drp perkataan inggeris 'fuck up' yang membawa maksud sedang, telah dan bakal mengalami masalah dan boleh digunakan untuk merujuk sesuatu situasi yang sukar. Mohon penjelasan pihak tuan berkenaan penggunaan perkataan ini samada menyinggung dan membawa maksud yang tidak baik. Terima kasihDalam data kami, tiada maklumat mengenai perkataan terfaktab. Perkataan tersebut tidak ada di dalam kamus terbitan DBP. Kami tidak menerima perkataan tersebut dalam bahasa Melayu.  Jika melihat dalam Kamus Dialek yang dinyatakan, sekiranya mempunyai konotasi negatif, kami mencadangkan tidak menggunakan perkataan tersebut. Dalam bahasa Melayu banyak lagi perkataan yang mempunyai nilai positif yang boleh digunakan dalam perniagaan.Makna24.10.2013
saya sudah buat DBP atas nama PANDA TOUCH REFLEKSOLOGI dan lulus tanpa sebarang perubahan yang diminta tetapi nama ssm syarikat itu sepatutnya DIMILIKI OLEH: PANDA TOUCH ENTERPRISE (JR0098816-H) tetapi kerana kesalahan sistem saya terletak nama ssm DIMILIKI OLEH: FADZLI JDT ENTERPRISE (002842168-P) dan pihak DBP telah meluluskan atas nama syarikat ini. saya buat semula DBP tetapi pihak DBP minta ubah perkataan lain sedangkan saya hanya mahu ubah nama ssm. bagaimana untuk kami ubah nama ssm tanpa ubah perkataan lain?Salam sejahtera,

Sila nyatakan nombor permohonan untuk semakan kami.



Terima kasih.
Lain-lain28.03.2019
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Andaikata SSM saya bernama P.Mamam Legacy, adakah saya boleh letakkan nama Port Mamam untuk restaurant saya? Adakah saya akan mendapat kelulusan drpd pihak DBP utk tujuan pelesenan? Terima kasihNama Port Mamam tidak boleh digunakan kerana tidak berdaftar dengan SSM/MyIPO dan tidak menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. Nama perniagaan untuk Papan Premis Kedai/Syarikat hendaklah menggunakan nama yang sama seperti didaftarkan dengan SSM/MyIPO, P.Mamam Legacy atau nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya yang baik dan betul.Lain-lain02.11.2021
selamat pagi, saya mahu tahu kalau syarikat kami sudah membuat SSM atas nama PEJABAT URUSAN INKJET SYSTEM ... tapi bila saya memohon pegesahan dari DEWAN BAHASA beliau menyuruh saya menggubah menjadi PEJABAT URUSAN PERCETAKAN JET DAKWAT ... setahu saya nama syarikat tidak boleh di tukar ... sebab saya sudah membuat SSM atas nama PEJABAT URUSAN INKJET SYSTEM ... Saya lapir kan sekali fail nya ...Untuk makluman, perkataan yang perlu ditukar ialah perkataan  di bahagian bawah, bukan nama syarikat tersebut yang telah didaftarkan. Perkataan yang perlu ditukar ialah Kami Pakar: Pencetakan Jet Dakwat. Sila buat pembetulan dan hantar semula iklan tersebut melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBPLain-lain08.01.2013
Saya mahu buat signboard yang akan diletak di luar pejabat. Nama yang akan digunakan ialah Ad'deen EduCenter. Boleh kah saya gunakan perkataan Educenter tersebut kerana ianya ialah nama yg didaftarkan di SSM. Terima kasih.Jika nama yang telah didaftarkan di SSM boleh sahaja digunakan untuk paparan dalam iklan. Tuan/puan perlu menambah keterangan aktiviti perniagaan seperti PEJABAT URUSAN yang perlu diletakkan disebelah kiri atas iklan. Untuk pengesahan iklan, tuan boleh layari laman web pengesahan iklan DBP melalui http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Lain-lain30.06.2016
Saya ingin membuka sebuah restoran dan ingin menamakannya 'SS Banana Cafe'. Selepas mendaftar di SSM saya diminta untuk ke DBP. Setelah menghantar borang saya terima satu pembetulan iaitu perkataan 'Cafe' perlu ditukarkan kepada 'Kafe'. Setahu saya Kafe adalah perkataan bahasa Malaysia, dan bila ia digabungkan 'Banana' dan 'Kafe' ia seperti bahasa rojak. Saya sangat kecewa kerana ia perlu ditukarkan. Jadi masalah saya sekarang, adakah penggunaan huruf C itu salah dan perlu ditukarkan kepada K dek kerana kemunduran saya dalam bahasa Inggeris pada nama restoran itu. Terima Kasih.Jika perniagaan saudara telah didaftarkan di SSM sebagai SS Banana Cafe, tidak ada lagi pembetulan yang boleh dibuat. Namun apabila saudara memohon lesen iklan dengan pihak berkuasa tempatan, keterangan aktiviti - KAFE (di bahagian atas) dan di bahagian bawahnya nama perniagaan - SS Banana Cafe. Tidak timbul isu bahasa rojak di sini kerana kata Cafe diberi padanan Kafe dalam bahasa Melayu.Istilah01.02.2012
Hi, i tak faham kenapa permohonan saya tidah lulus. kindly advise. thanks No permohonan : 93877/2022 Nota : Sila gunakan nama perniagaan yang telah didaftarkan dengan SSM (NJOTA SOLUTION. Jika telah berdaftar di MyIPO, catat no TM pada Maklumat tentang Iklan pada menu untuk makluman.Untuk makluman tuan, hanya nama permis yang telah didaftarkan dengan SSM atau MyIPO sahaja dibenarkan (NJOTA SOLUTION) sebagai nama premis.  Jika tuan ingin menggunakan nama yang lain, sila pilih dan gunakan nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan  baik dan betul. Sekiranya mahu dikekalkan nama yang sedia ada, sila daftarkan dahulu "COFFEE HOUSE" dengan MyIPO dan maklumkan nombor surat/sijil  tersebut dalam sistem permohonan untuk makluman pegawai penyemak.  Harap maklum. Lain-lain23.09.2022
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat seluruh warga DBP. Saya Nik Mohd Syamim Iylia Bin Mat Yusoff, pelajar tahun akhir di salah satu universiti di Jordan. Pada hari ini saya ada pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendaftarkan syarikat dan nama syarikat yang kami cuba daftarkan adalah Ustaz Kreatif. Namun SSM menyatakan pihak DBP mengatakan terdapat kesalahn tatabahasa dan yang lebih tepat ialah Kreatif Ustaz. Saya rasa seperti jawapan yang diberi tidak tepat kerana kreatif itu sifat dan adjektif dan kami menangguh pendaftaran syarikat kami untuk mendapatkan pengasahan dari DBP. Bukankah kata adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif. dia Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama. Unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata penguat. Bagaimana dengan perkataan Doktor Cinta dengan Cinta Doktor, bukankah keduanya membawa maksud berbeza? Jadi saya ingin mendapat pengesahan dan kebenaran dari DBP untuk kami mendaftarkan nama perniagaan kami dengan nama Ustaz Kreatif dalam bentuk surat rasmi dengan kadar segera ke email ibn.yusuf@yahoo.com.Untuk makluman, perkataan "Ustaz Kreatif" adalah betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami berpendapat nama tersebut tidak sesuai digunakan sebagai nama syarikat. Oleh itu, kami berharap pihak tuan dapat memberikan penerangan tentang perniagaan yang dijalankan supaya kami dapat memberikan cadangan nama yang sesuai. Sekiranya pihak tuan memerlukan surat rasmi, sila hantar surat kepada pihak kami di alamat yang berikut: Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Tatabahasa03.09.2015
Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan nama kedai yang ingin diguna pakai. Adakah boleh sekiranya saya ingin menggunakan nama singkatan untuk nama kedai? sebagai contoh : nama syarikat dalam SSM arman business . saya ingin menggunakan ARMN Auto sebagai nama kedai? ARMN adalah singkatan untuk ARMAN adakah boleh dapat pelepasan DBP?Untuk makluman pihak puan, sebaik-baiknya nama yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) digunakan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, sekiranya akronim atau singkatan hendak digunakan perlulah menepati syaratnya dan nama penuh syarikat juga perlu diletakkan di bawah akronim atau singkatan tersebut.

Contoh:

BDSB
Berjaya Dinamik Sdn. Bhd.

Untuk contoh yang diberikan, singaktan ARMN boleh digunakan tetapi nama penuh syarikat juga perlu diletakkan di bahagian bawah, manakala perkataan Auto tidak boleh digunakan kerana merupakan bahasa Indonesia yang membawa maksud kereta.
Lain-lain11.09.2021
Baru-baru ini saya ingin mendaftar nama syarikat, PUNGGUK BESAR (BIG OWL) dengan SSM. Pegawai itu menolak dengan mengatakan ia berunsur negatif kerana TIADA PUN NAMA BURUNG TERSEBUT katanya (dia tidak tahu burung hantu mempunyai sekurang-kurangnya tiga lagi nama). Saya memetik kamus Dewan edisi keempat yang dengan jelas menyenaraikan nama burung tersebut. Saya juga menerangkan ada peribahasa popular, bagai pungguk rindukan bulan dan lagu Melayu popular, burung pungguk yang dinyanyikan oleh P. Ramlee, Sharifah Aini dan ramai lagi. Juga peribahasa Inggeris, as wise as an owl, di mana dari sinilah saya mendapat ilham nama tersebut, yang akan membawa maksud kebijaksanaan yang besar. Syarikat saya akan menerbitkan buku dan menjual barangan berkaitan buku, alat tulis dan alat bantu mengajar. Penerangan ini juga ditolaknya dengan alasan ada unsur negatif. Setahu saya burung punai sahaja dikaitkan dengan unsur negatif bukan burung pungguk. Pendapat saya perbuatan melacurkan bahasa dengan makna yang kotor tidak harus dilayan seperti punai dan sekarang kunyit. Suatu hari nanti akan menjadi satu kesalahan untuk menggunakan nama 'stor kunyit' kerana ada maksud tersirat yang negatif. Justeru saya minta perhatian pihak DBP untuk menghentikan pihak yang mengaitkan perkataan pungguk dengan makna yang negatif seperti yang sedang dilakukan pegawai otak kuning ini. Terima kasih.Terima kasih atas maklumat dan aduan pihak tuan. Kami akan menghantar penjelasan makna "pungguk" ke alamat e-mel tuan. Terima kasih.Lain-lain02.07.2019
123456

Kembali ke atas