Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Sistem Saraan Malaysia, iaitu sistem perkhidmatan awam bagi kakitangan kerajaan, yg menggantikan Sistem Saraan Baru mulai 1 November 2002, yg berteraskan kompetensi dlm pengurusan sumber manusia, penilaian tahap kecekapan, serta menggalakkan pembelajaran secara berterusan di kalangan staf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata SSM II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin memohon pihak dewan bahasa untuk pengesahan bahasa papan nama kedai dan sijil pengesahanPERMOHONAN PENGESAHAN BAHASA MELAYU DALAM IKLAN 

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang dbpsahbahasa.my (pautan https://dbpsahbahasa.my/). Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

Untuk mendapatkan pengesahan visual pada papan tanda premis, sila daftar akaun melalui laman sesawang dbpsahbahasa.my (pautan https://dbpsahbahasa.my/) dan rujuk Panduan Pelanggan atau Video Penggunaan DBP Sah Bahasa yang tertera.


Bagi iklan yang dilampirkan, mohon buat dulu pembetulan, seperti yang berikut:

i.          Sila lampirkan visual iklan bertaip komputer dalam satu bingkai untuk pengesahan sahaja, potong bahagian lain yang tidak berkaitan.

ii.         Logo pada sebelah kanan - sekiranya belum berdaftar dengan MyIPO sila daftar dahulu, ataupun betulkan kepada bahasa Melayu yang baik dan betul nahunya.

iii.        Nasi Ayam Big Bro’s - Adakah nama perniagaan/syarikat ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mempunyai tanda dagang (trademark)? Jika telah berdaftar, sila nyatakan No. SSM atau No. TM pada bahagian Maklumat tentang Iklan untuk rujukan kami dan jika belum berdaftar, sila gunakan nama yang telah berdaftar dengan SSM atau yang mempunyai tanda dagang sahaja. Bagi nama yang mempunyai tanda dagang, sila letak simbol ™ atau ® pada nama tersebut. Sekiranya tuan ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul atau buat dwibahasa (Melayu - Inggeris) dengan bahasa Melayu diutamakan dari segi saiz, kedudukan dan warna huruf.


Lain-lain21.02.2023

Kembali ke atas