Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (selétar) penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut, tinggal dlm perahu, di pulau yg berdekatan pantai dan kuala sungai, ter-utamanya di selatan Johor dan utara Singapura. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Seletar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIALEK MELAYU ORANG ASLIDIALEK MELAYU ORANG ASLI, dialek yang dituturkan oleh Orang Asli di Malaysia sebagai bahasa ibunda. Dialek ini terbahagi kepada empat, iaitu dialek Orang Hulu (Jakun), dialek Temuan, dialek Orang Kanak, dan dialek Orang Seletar. Perlu ditegaskan bahawa kekurangan penyelidikan tentang dialek Melayu Orang Asli mengakibatkan keraguan tentang jumlah dan ciri-ciri dialek tersebut.BAHASABahasa
BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG

BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG, bahasa yang dituturkan oleh Orang Asli di Semenanjung. Bahasa ini terbahagi kepada dua kelompok besar. Dalam kelompok pertama digolongkan bahasa-bahasa Orang Temuan, Orang Hulu (Jakun, Orang Kanak dan Orang Seletar, yang semuanya berbahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa ibunda mereka. Oleh itu, bahasa suku-suku itu tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia, seperti semua dialek Melayu. Tetapi selain Orang Asli yang diklasifikasikan dalam Rumpun Austronesia tersebut, terdapat puluhan ribu Orang Asli yang hanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

BAHASABahasa

Kembali ke atas