Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep September. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Sept


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah penulisan yang betul? (hingga atau dan) a. Program akan diadakan pada 22 hingga 23 Sept 2022. b. Program akan diadakan pada 22 dan 23 Sept 2022.Ayat  "Program akan diadakan pada 22 hingga 23 Sept. 2022" atau "Program akan diadakan pada 22 dan 23 Sept. 2022". Kedua-dua  perkataan "hingga" atau "dan" boleh diguna pakai dalam ayat tersebut.Tatabahasa12.09.2022
salam.saya sedang membuat tesis isu sosial dalam cerpen-cerpen dewan masyaraklat sept 2005 hingga ogos 2006.saya dapati mulai sept 2006,tiada lagi cerpen dalam DM.Apakah sebab cerpen tidak lagi disisipkan dalam DM?TQUntuk makluman tuan, kami tidak lagi menerbitkan cerpen dalam majalah Dewan Masyarakat berdasarkan keputusan oleh Ahli Lembaga Pengelola DBP ketika itu kerana majalah Dewan Masyarakat berkonsepkan berita bulanan.Lain-lain01.04.2012
assalammualaikum... pada 18 sept 2012 saya ada menghadiri temuduga bagi jawatan ahli fotografi b11...disini saya ini bertanyakan tentang maklum balas bilakah akan mengemukakan jawapan terpilih ataupun tidak...maaf jika mengganggu tuan..dan sekian terima kasih.Keputusan temuduga jawatan Ahli Fotografi B11 akan dikeluarkan pada akhir Oktober 2012. Calon yang berjaya akan dihubungi dan diminta melapor diri di DBP pada November 2012.Lain-lain10.10.2012
testing ke 2 10 sept 2014Sila kemukakan pertanyaan anda.Lain-lain10.09.2014
mengapa semenjak hari sabtu (21 sept 2019) saya dapati capaian di kamus dbp sudah tidak seperti selalu? banyak terma yang saya cuba cari sudah tidak lagi dipaparkan. Contohnya, perkataan english - malay, "jumpsuit", "amazing" "incredible" saya seorang penterjemah bebas dan selalu bergantung kepada kamus dbp untuk memastikan kerja saya tepat. Saya harap kamus dbp dapat digunakan seperti sediakala secepat mungkin.

Masalah ini merupakan masalah  teknikal dan pihak kami telah mengajukan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan lanjut. Pihak tuan sudah boleh mengakses laman web tersebut untuk carian perkataan.

Lain-lain22.09.2019
Assalamualikum, saya ingin bertanya,benarkah tarikh tutup Sayembara Menulis Novel dan Skrip Drama Kanak-Kanak Dan Remaja DBP adalah 30 Sept 2010?Ya, tarikh tutup Sayembara Menulis Skrip Drama dan Novel Kanak-kanak dan Remaja DBP telah dilanjutkan sehingga 30 September 2010 disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.  Borang dan pengumuman pelanjutan telah disiarkan di laman Dewang Bahasa dan Pustaka.Lain-lain11.02.2010
Saya ingin mengetahui agensi mana yg bertanggungjawab memperkasakan dan menguatkuasa penggunaan Bahasa Malaysia (BM). Terutamanya bagi pemgumuman atau acara promosi yg dijalankan di khlayak ramai. Didapati tiada tindakan yang sewajarnya di jalankan bagi mereka yang menggunakkan bahasa selain daripada BM & English kerana ini berlaku di IOI City Mall pada 14 Sept 2019 di mana penggunaan bahasa cina juga digunakan di kawasan yang <20% pengunjung yang memahami bahasa tersebut. Perkara yg sama juga berlaku di Lapangan Terbang Kota Kinbalu. Pada pendapat saya, hanya BM & English sepatutnya digunakan dikawasan awam memandangkan ia merupakan bahasa yang difahami oleh semua dan mengelakkan salah faham diantara kaum/ Diharap tindakan yang sewajarnya diambil bagi memastikan perkara ini dapat dibendung sebelum ia menjadi kemestian untuk setiap acara/pengumuman dilakukan dlm 3 bahasa. Terima kasihTerima kasih atas maklumat yang diberikan dan syabas atas keprihatinan tuan dalam hal memartabatkan bahasa Melayu. Kami akan membuat pemantauan terhadap perkara berkenaan dan surat teguran kepada pihak yang berkenaan termasuklah pihak berkuasa tempatan akan dikeluarkan.Lain-lain05.10.2019

Kembali ke atas