Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang buas, Panthera leo; ~ laut sj anjing laut, Zalophus californiasus; (penyakit) raja ~ sj penyakit yg berbahaya, sifilis; hendak ~ di tengah padang lagi, drpd ular di dlm rumput = lebih baik seekor ~ di padang yg luas, drpd seekor ular di dlm rumput prb lebih baik berdepan dgn musuh besar di tempat terang drpd musuh kecil di dlm sulit; menyinga ki memberang, meradang: ia memandangnya dgn muka ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok kecil), Melochia umbellata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj binatang buas yg memakan daging, Felis leo. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Singa

Puisi
 

Keris kecil menikam ular,
     Keris besar menikam singa;
Dari kecil tak hendak belajar,
     Sudah besar tertanya-tanya.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lebih baik seekor singa di padang yang luas,
     daripada seekor ular di dalam rumput.

Bermaksud :

Lebih baik musuh besar di dalam terang daripada musuh kecil di dalam sulit.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang a) tarian Singa / Tarian Singa b) hari Deepavali / Hari Deepavali c) tarian Ngajat / Tarian Ngajat yang mana cara tulisnya betul ? Dalam buku teks KSSR tahun 1 yang ditulis ialah tarian Singa , hari Deepavali dsbnya manakala dalam buku teks KSSR tahun 2 pula bukan seperti itu pula? Apakah cara yang lebih tepat boleh saya terangkan kepada anak murid saya untuk menguasai kemahiran tanda baca -- huruf besar .Merujuk pangkalan data kami ejaan yang betul ialah tarian singa, tariang ngajat dan Hari Deepavali. Walau bagaimanapun maklumat yang tuan berikan akan kami sampaikan kepada Bahagian Buku Teks untuk kami buat semakan.Ejaan18.07.2012
Selamat pagi... Minta ajar... 1. Apakah perbezaan antara takut akan dan takut pada? 2. Ling Ling takut akan singa / takut pada singa? Terima kasih ^.^Untuk makluman, kedua-dua perkataan tersebut iaitu pada dan akan merupakan kata sendi nama. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan adapada (manusia  dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Manakala, kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada manusia. Sehubungan dengan itu, perkataan yang tepat bagi tersebut ialah Ling Ling takut akan singa.Tatabahasa19.06.2016
Mohon sediakan terjemahan untuk istilah sealing (tiada kaitan dengan singa laut) dalam Bahasa Malaysia. Penterjemah gunakan istilah 'pemertaian' yang tidak wujud dalam PRPM. Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih.
Menurut data kami, padanan bagi 'sealing' ialah pematerian dan adangan. Penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada konteks ayat yang ingin disampaikan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sealing&d=129316&.
Lain-lain04.12.2017
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bantal ini sangat lembut. 2. Obor / Api obor itu telah padam. 3. Abang sedang membancuh warna di / di dalam palet. 4. Singa itu dikurung dalam / di dalam sangkar. Terima kasih.1. Betul 2. Obor itu telah padam 3. Abang sedang membancuh warna di dalam palet 4. Singa itu terkurung di dalam sangkarTatabahasa29.12.2012
Dia sentiasa rajin seperti semut untuk mengulang kaji pelajarannya. Dia sentiasa garang macam singa tetapi baik hati. Ayat ini boleh diterima?Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang ejaan bagi 1. hari Deepavali 2. Hari Deepavali Yang mana satu betul? Selain itu, perlukah kita menggunakan huruf besar bagi nama tarian seperti tarian ngajat dan tarian singa? Terima kasih. Drp: WuEjaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu. Dalam ayat, tarian ngajat, tarian singa dieja dengan huruf kecil.Tatabahasa08.08.2014
Salam tuan di talian, Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk digunakan bagi gong dan kompang? Ayat contoh: 1. Dua buah gong diperlukan untuk mengiringi tarian singa. 2. Hadi membeli sebuah kompang semasa jualan hari kraf itu. Terima kasih.Penjodoh bilangan yang sesuai untuk gong dan kompang ialah buah seperti dalam contoh ayat yang diberikan.Tatabahasa08.06.2011
Salam sejahtera, sebenarnya keserasian dan ketepatan sesuatu istilah itu tidak perlu dijadikan masalah kerana bukan semua istilah asing itu mencapai ketepatan pada maksudnya kerana istilah "dinosaur" dalam bahasa Inggeris juga istilah pinjaman daripada bahasa Greek yang bermaksud "cicak berat", "cicak yang menggerunkan" dan sebagainya. Jadi saya rasa maksud daripada istilah itu juga kemungkinan tidak mencapai maksud asal kerana cicak bukanlah seberat gajah dan tidak pula menggerunkan seperti ular atau singa. Sedangkan bentuk dan ciri jasmani cicak dengan bandingan yang dibuat adalah jauh berbeza. Itu menunjukkan bukan semua istilah bahasa asing itu mencapai ketepatan pada maksud dan bahasanya. Banyak perkataan Melayu yang boleh digunakan untuk menterjemahkan bahasa Inggeris dan kita patut mencipta istilah kita sendiri tanpa meminjam banyak daripada istilah asing. Saya sekali lagi berharap agar pihak DBP dan pakar bahasa Melayu dapat mempertimbangkan segala pendapat dan cadangan saya demi kemajuan, kelestarian dan keaslian bahasa Melayu. Insya ALLAH, amin.Kami ambil maklum cadangan dan pandangan tuan. Perkara ini akan dipanjangkan untuk makluman pihak yang berwenang di Bahagian Peristilahan dan Leksikologi serta Bahagian Perkamusan DBP.Lain-lain16.11.2015
Rujuk kepada jawapan tuan pada 20/06/2016, bolehkah tuan tunjuk ajar kepada saya? Jawapan tuan - Untuk makluman, kedua-dua perkataan tersebut iaitu pada dan akan merupakan kata sendi nama. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Manakala, kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada manusia. Sehubungan dengan itu, perkataan yang tepat bagi tersebut ialah Ling Ling takut akan singa. Saya kurang faham terhadap ayat ini " dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu.". Bolehkah tuan memberi contoh?Ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) seperti contoh ayat Buku merah itu ada pada Ahmad, bermaksud perkataan ada + pada hadir secara berturutan dan diikuti manusia (atau haiwan). Tatabahasa27.06.2016
perbezaan antara sultan dan raja

Kata 'raja' biasanya lebih umum dari segi makna dan penggunaannya berbanding kata 'sultan'. Contoh: 'Raja bola'. Agak janggal kalau kita menyebut 'sultan bola'.

Berikut dilampirkan makna sultan dan raja menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk rujukan saudara: 

Sultan: Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain);

Raja: 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; 

Makna02.07.2009
12

Kembali ke atas