Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Spider


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah Spider Monkey ialah Monyet Labah-labah?

Mengikut Ensiklopedia Umum, Spider Monkey ialah Monyet Labah-labah. Monyet labah-labah ialah monyet besar yang terkenal kerana menggunakan ekornya sebagai anggota tambahan. Ia boleh tergantung dengan menggunakan ekornya, malah mengambil objek dengan membelitnya. Monyet ini kadangkala tergantung kepala ke bawah kaki ke atas, dengan keempat-empat anggota dan ekornya mencengkam dahan. Dalam kedudukan ini ia kelihatan seperti labah-labah besar. Monyet ini sering menggunakan lengannya untuk berayun dari dahan ke dahan.

Lain-lain27.06.2017
Why does the spider not get stuck in its own web? Mengapakah labah-labah tidak terperangkap di dalam sarang sendiri? adakah terjemahan ayat tersebut adalah betul?Terjemahan yang betul bagi ayat yang diberikan ialah:

Mengapakah labah-labah tidak terperangkap pada sarang sendiri?
Makna16.07.2018
centuries=abad-abad, spiders=?Spider diterjemahkan kepada labah-labah (dalam bentuk tunggal). Dalam bentuk jamak tuan boleh menggunakan perkataan yang membawa maksud jamak seperti bilangan, lima ekor labah-labah atau beberapa ekor labah-labah.Penyemakan dan penterjemahan28.10.2014

Kembali ke atas