Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa kaum yg berasal drpd campuran bangsa Dravidia dan Kaukasoid yg berasal dr selatan India dan Sri Lanka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Tamil


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMIL BELLkonsepAGAMAKonsep
TAMIL NADU

Tamil Nadu ialah sebuah negeri di tenggara India.

Ia merupakan salah sebuah daripada empat negeri

Dravidia di India dan mempunyai sejarah

kebudayaan yang berterusan selama lebih daripada

2000 tahun. Tamil adalah salah satu bahasa

kesusasteraan yang tertua di India. Lihat India ,

Bahasa. Tamil Nadu mempunyai beberapa seni bina

kuil yang paling luar biasa di India, dan juga muzik

dan tarian tradisi yang tidak pernah pudar.

Penduduk negeri ini dikenali sebagai orang Tamil.

Ibu negerinya ialah Madras.

UMUM 
ORANG TAMILBangsaBUDAYABangsa/Suku/Kaum
P.V AKILANDAM

P.V. Akilandam (1922-1988), sasterawan Tamil. Beliau yang dikenali dengan nama pena Akilan dilahirkan pada 27 Jun 1922 di Pudukotai, Tamil Nadu, India.

SASTERATokoh
BHARATANATYAM

Bharatanatyam, tarian tradisional masyarakat India. Tarian ini berasal dari Tamil Nadu, India.

SASTERAAdat
KEJATUHAN MELAKA

KEJATUHAN MELAKA, peristiwa kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang membawa kepada berlakunya peristiwa ini. Faktor dalaman dirangsang oleh sebab peribadi yang timbul akibat pergeseran berterusan antara dua golongan pembesar Melaka yang terdiri daripada pembesar Melayu dan pembesar Melayu Tamil-Islam. Kemunculan pembesar Melayu yang mewarisi  darah Tamil-Islam bermula apabila Mani Purindan diambil sebagai menantu oleh Seri Nara Diraja pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Mani Purindan memperoleh dua orang anak iaitu Tun Ali dan Tun Wati. Tun Ali kemudiannya mewarisi gelaran Seri Nara Diraja, manakala Tun Wati diperisterikan oleh Sultan Muhammad Syah. Perkahwinan antara Sultan Muhammad Syah dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim yang kemudian menjadi Sultan Melaka bergelar Sultan Muzaffar Syah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
CHENNAI

Chennai, ibu negeri Tamil Nadu, wilayah yang terletak di selatan India. Chennai merupakan bandar keempat terbesar di India dengan jumlah penduduk seramai kira-kira 4.5 juta orang.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
NARASIMHAVARMAN I

Narasimhavarman I (630?–668?), juga dikenal

sebagai Mamalla, merupakan raja dinasti Pallava di

India selatan. Dia diingati terutamanya kerana

membangunkan bandar Mahabalipuram, yang juga

dikenal sebelumnya dengan nama Mamallapuram

sempena menghormatinya. Bandar ini terletak di

Teluk Benggala, yang kini dalam negeri Tamil Nadu,

India. Ia telah pun berkembang maju sebagai

pelabuhan perdagangan apabila Narasimhavarman

menguasainya, dan dia seterusnya membesarkan dan

menjadikan bandar ini sebagai pangkalan tentera laut

dan pusat agama Hindu. Kuil-kuil dan tugu-tugunya

yang masih ada menarik minat pelancong dan para

sarjana. Wajah Narasimhavarman diukir pada salah

satu ukiran batu, yang tertulis dengan kata-kata

“Penambah Tiga Dunia” (“Augmenter of the Three

World”).

UMUM 
GURINDAM

GURINDAM, genre puisi Melayu lama yang mendapat pengaruh Hindu. Gurindam berasal daripada bahasa Tamil, iaitu “Kirandam” yang bererti amsal atau perumpamaan.

SASTERAKonsep
SAYID ABUL HASSAN BURHAN

SAYID ABUL HASSAN BURHAN (  ?  -  ?  ), pencetak dan pelopor penerbitan akhbar berbahasa Melayu dan Tamil di Semenanjung Tanah Melayu.  Sayid Abul Hassan adalah seorang India Muslim. Dia dilahirkan di Madras, India.  Ketika berusia dalam lingkungan awal dua puluhan, dia merantau ke Semenanjung Tanah Melayu dan menetap di Taiping, Perak.  Di bandar inilah dia berkhidmat sebagai guru bahasa Hindustani kepada pegawai-pegawai British dalam perkhidmatan Malay States Guides selama 20 tahun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas