Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Senoi yg tinggal di sesuatu tempat yg ditentukan oleh penghulu dgn cara berjampi atau mimpi, yg kebanyakannya terdapat di Perak, Pahang dan Kelantan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Temiar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERKAHWINAN TEMIAR

ADAT PERKAHWINAN TEMIAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Temiar di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Temiar tidak mempunyai istilah khusus untuk merujuk kepada perkahwinan kecuali perkataan ‘seklog’ yang bermaksud tidur atau tidur bersama. Masyarakat Temiar tidak membenarkan perkahwinan antara ahli keluarga dan saudara sedarah. Perkahwinan antara ahli keluarga yang rapat seperti sepupu juga tidak digalakkan.

            Secara umumnya masyarakat Temiar mengutamakan perkahwinan monogami, tetapi poligami khususnya poligini masih diterima oleh masyarakat ini. Perkahwinan secara endogami juga banyak berlaku berbanding dengan eksogami. Dari segi umur, orang lelaki biasanya berumur 16 tahun manakala orang perempuan lebih muda daripada itu. Selepas berkahwin, pasangan suami isteri biasanya akan membentuk keluarga asas sendiri.

 

BUDAYAKonsep
ABERDEEN DAN TEMIAR, MARQUESS OF

Aberdeen dan Temiar, Marquess of (1847–

1934) ialah ahli politik British, yang menjadi Gabenor

Jeneral Kanada dari tahun 1893 hingga 1898. Pada

tahun 1896, dia menjadi teladan kepada bakal

gabenor jeneral kerana enggan meluluskan

pelantikan politik saat-saat terakhir yang diperakukan

oleh Perdana Menteri Sir Charles Tupper yang akan

tamat tempoh perkhidmatannya.

UMUM 
TEMIAR

TEMIAR, suku kaum Orang Asli daripada rumpun Senoi. Masyarakat ini dikenal juga dengan Tumior, Tummeor dan Tumia, dan dipercayai mempunyai pertalian dengan orang Sri Lanka dan India. Berasaskan bahasa Temiar yang merupakan salah sebuah bahasa Senoic dan serumpun dengan bahasa Mon-Khmer, ada pula pendapat yang mengatakan bahawa mereka berasal dari Indochina. Mengikut Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), orang Temiar berjumlah 12 949 orang pada tahun 1990. Masyarakat ini terdapat di negeri Perak, Pahang dan Kelantan.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
SENOI

SENOI,  kumpulan Orang Asli yang mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia.  Istilah Senoi berasal daripada perkataan Semai dan Temiar, ‘Sen-oi’ atau ‘seng-oi’ yang bermaksud  orang atau manusia.  Istilah ini kemudiannya digunakan oleh penyelidik dan pentadbir sebagai istilah rujukan bagi kumpulan Orang Asli yang menggunakan bahasa Austroasiatik dan mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia, iaitu Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor.  Sebelum istilah Senoi diperkenalkan, pengkaji dan pentadbir menggunakan istilah Sakai.  Namun, istilah ini tidak dipersetujui oleh masyarakat Orang Asli kerana membawa makna dan konotasi yang negatif seperti hamba abdi, tidak bertamadun, kotor dan seumpamanya.  Istilah ini telah diketepikan dan digantikan dengan ‘senoi’ sebagai istilah rasmi.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
SEMAI

SEMAI, suku kaum Orang Asli yang terdapat di Perak, Pahang dan Selangor.  Istilah Semai berasal daripada perkataan bahasa orang Temiar iaitu “seman’ yang bermaksud orang di bukit selatan. Terdapat dua kelompok orang Semai iaitu Semai Barat dan Semai Timur. Di barat, majoriti orang Semai mendiami rumah-rumah yang berasingan berasaskan konsep keluarga nuklear.  Manakala di timur, orang Semai masih tinggal di rumah-rumah panjang dan mempunyai keluarga besar.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas