Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (herba yg berumbi yg dijadikan ramuan ubat); jenis-jenisnya: ~ giring sj tumbuhan (herba), Curcuma heyneana; ~ hitam = ~ erang = ~ ireng sj tumbuhan (herba), Curcuma aeruginosa; ~ kunci = ~ kecil sj tumbuhan (herba), dekunci, merkunci, Gastrochilus panduratum; ~ kunyit = ~ kuning sj tumbuhan (herba), kunyit, Curcuma domes-tica; ~ lawak = ~ lawas = ~ raya sj tumbuhan (herba), Curcuma xanthorrhiza; ~ mangga = ~ putih = ~ kuning sj tumbuhan (herba), kuncur, Curcuma zedoaria; ~ puteri sj tum-buhan (herba), kencur, Kaempferia rotunda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah tips yg harus diketahui untuk menghadiri temuduga...

Tidak ada kriteria khusus tentang soalan yang akan ditanya dalam temu duga. Cuma secara umumnya perkara yang perlu diberi perhatian dan dibuat persediaan sebelum menghadiri sesuatu temu duga ialah:

i.   pengetahuan calon temu duga  tentang bidang tugas jawatan yang dimohon;

ii.  kemahiran calon temu duga dalam bidang tersebut;

iii. nilai-nilai peribadi calon termasuklah kematangan, dedikasi, kejujuran, kepatuhan kepada peraturan dan arahan penyelia, kerajinan, keupayaan memberikan pandangan yang bernas dan praktikal dan sebagainya.

Lain-lain30.04.2008
Tentukan kata berikut sama ada kata nama tunggal atau kata nama majmuk: 1) UKM 2) Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 3) Kugiran 4) Pusat Perlindungan Hidupan Liar 5) Profesor Emeritus 6) Profesor Ir. Dr. Mohd Ali bin Hashim 7) Kuala Lumpur 8) Anugerah Hari Kemerdekaan NegaraKata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nam aterbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa26.03.2018
Bagaimanakah cara untuk membezakan kata nama khas yang tunggal dan kata nama khas yang majmuk? Kemukakan beberapa contoh bagi memudahkan pemahaman saya.

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata nama khas dan kata nama dihuraikan seperti yang berikut:

1.     Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khas tak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve.

 

2.    Kata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nama terbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

 

3.    Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Tatabahasa02.01.2017
Apakah perbezaan perkataan 'dan' dan 'serta' dan bilakah waktu yang sesuai untuk digunakan..
Kata `dan’ ialah kata hubung gabungan.
Dari segi fungsi, kata ini menghubungkan dua perkataan, frasa atau ayat. 
 
Contoh:
a. Ibu dan ayah akan ke Mekah pada tahun ini.
b. Saya akan mencipta lagu sekolah kita dan menulis liriknya.
c. Dalam majlis itu, ada orang yang menyanyi dan ada orang yang menari.

Kata `serta’ ialah kata hubung gabungan juga. Walaupun berfungsi sebagai kata yang menghubungkan kata atau frasa, namun makna yang didukungnya lebih luas daripada kata `dan’. 
Iaitu ia juga membawa maksud: 
(i)   dan juga atau dan
(iibersama dengan atau dengan
(iii) mengikut bersama sebagai teman atau sebagai pembantu; mengiringi; menemani
(iv) ikut atau turut bersama

Ayat contoh:
a. Puan Salmah merupakan guru Bahasa Melayu yang baik serta rajin.
b. Puan Nurlina serta 40 orang murid akan melawat ke Langkawi.
c. Beberapa orang pegawai telah serta beliau ke persidangan itu.
d. Pada hari tersebut, saya tidak serta kerana saya telah membuat janji temu dengan doktor.

Kesimpulannya, kata `dan’ dan `serta’ berbeza dan segi fungsi dan makna. 
Oleh itu, kedua-dua perkataan ini tidak boleh bertukar ganti dengan sewenang-wenangnya. Walaupun kata `dan’ bermaksud serta, namun kebanyakan kata `dan’ tidak boleh digantikan dengan kata `serta’. Tegasnya, kata `serta’ bukan sahaja sebagai kata hubung gabungan, malah kata ini juga berfungsi sebagai kata lain, iaitu kata kerja dan juga kata sendi nama.
Tatabahasa03.08.2020

Kembali ke atas