Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp kep universiti: budak ~; masuk ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata U II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia meniup/meniupkan lilin yang terdapat di atas kek.

Ayat yang betul :

  (i)   Dia <u>meniupu> lilin yang terdapat di atas kek.

(ii)   Ucapan Ali telah <u>meniupkanu> semangat  para hadirin yang datang ke perhimpunan itu.

Tatabahasa09.05.2009
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya tentang apakah perbezaan dalam penggunaan imbuhan mem..kan dengan mem..i ? Dan buku manakah yang sesuai dalam kajian tatabahasa Bahasa Malaysia?

Apabila dibandingkan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, fungsinya dapat dibahagikan kepada tiga:

i. Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i mendakan lokatif. Contohnya: Ayah <u>menghadiahkanu> sebuah basikal kepada Osman, Ayah <u>menghadiahiu> Osman sebuah basikal.

ii. Bagi kata kerja tertentu, lazimnya apitan meN-...-kan menerima objek yang tidak bernyawa, manakala meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Contohnya: Ali <u>memberi u>kucing makan, Ali <u>memberikanu> makanan kepada kucing.

iii. Bagi sebilangan kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: Mereka cuba <u>melupai/melupakanu> peristiwa itu.

Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207-208.

Tatabahasa24.06.2011
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 1. Apakah itu KATA KERJA TRANSITIF dan KATA KERJA TAK TRANSITIF? . Saya harap saudara dapat memberikan penerangan dalam bahasa yag mudah difahami untuk saya terangkan kepada anak saya yang berada didalam darjah dua. 2. Bagaimanakah cara penggunaannya? 3. Contoh - contoh soalan yang membuatkan anak saya menangis kerana disalahkan oleh guru. GARISI KATA KERJA TAK TRANSITIF DALAM AYAT-AYAT DIBAWAH i) Mereka (terlena/berbincang ) tentang pelajaran. ii) Amir dan kawan-kawannya (berlari/tidur) di padang bola iii) Nenek (termenung/berkata)mengenangkan nasib dirinya iv) Adil (terkejut/tersenyum) mendengar bunyi guruh. v) Budak yang nakal itu (ketawa/menangis) kerana dipukul oleh ayahnya. Saya juga berharap saudara dapat memberikan jawapan dan menerangkan kenapa jawapan tersebut dipilih. Terimakasih.

Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek untuk melengkapkan ayat. Tanpa objek ayat tersebut taklengkap maksudnya (menjadi ayat tergantung). Contoh: Ali <u>menyepaku> bola. (menyepak merupakan Kata Kerja Transitif, jika ayatnya, Ali menyepak - ayat tak sempurna). Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek selepasnya. Contoh; Adik saya masih <u>tiduru>. (tidur merupakan Kata Kerja Tak transitif)

GARISI KATA KERJA TAK TRANSITIF DALAM AYAT-AYAT DIBAWAH i) Mereka (terlena/<u>berbincangu> ) tentang pelajaran.  ii) Amir dan kawan-kawannya (<u>berlariu>/tidur) di padang bola. iii) Nenek (<u>termenungu>/berkata)mengenangkan nasib dirinya iv) Adil (<u>terkejutu>/tersenyum) mendengar bunyi guruh. v) Budak yang nakal itu (ketawa/<u>menangisu>) kerana dipukul oleh ayahnya. Saya juga berharap saudara dapat memberikan jawapan dan menerangkan kenapa jawapan tersebut dipilih. - ayat ini lengkap jika "Mereka berbincang" - tentang pelajaran bukanlah objek tetapi keteerangan tentang cerita, begitulah juga dengan ayat-ayat seterusnya.

Tatabahasa23.07.2008
Saya ingin mendapat kepastian bagi perkara-perkara berikut:- i. sekiranya permulaan ayat, Untuk makluman tuan / Tuan, yang manakah tepat? Perlukan Tuan itu ditulis dengan huruf besar atau kecil? ii. bagi surat yang ingin ditujukan kepada seseorang, yang pada kebiasaannya kita tulis U.P / u.p: Pn Shahniza, perlukah 'untuk perhatian' itu di tulis dengan huruf besar atau huruf kecil? iii. saya kurang pasti perkataan yang jenis apa perlu dijarakkan dan mana yang tidak. Sebagai contoh, walau bagaimanapun, urus setia, dan sebagainya. Mohon bantuan dan khidmat nasihat. Terima kasih.

1. Perkataan tuan/puan pada pangkal ayat ditulis dengan huruf besar, manakala dalam ayat ayat ditulis dengan huruf kecil. 

2. Perkataan untuk perhatian (u.p.) ditulis dengan huruf kecil.

3. Kata majmuk lazimnya dieja dua perkataan kecuali yang telah mantap sahaja antaranya warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama dan beritahu.

Tatabahasa04.01.2011
Askm.Saya ingin bertanyakan beberapa soalan mengenai maksud arahan dan soalan:ARAHAN:-Tulis perkataan BETUL pada penyataan betul dan SALAH pada penyataan salah dibawah. Soalan: Ayah,boleh saya tolong ayah mencuci kereta. Jawapan - BETUL. 1. Apakah maksud penyataan dalam konteks arahan ini? 2. Perlukah ayat (soalan)perlu diletak tanda soal di akhir ayat?(kerana tidak salah saya hanya ada perkataan kata tanya sahaja perlu diletak ini kerana ia adalah ayat penyata). 3. Kalau perlu diletak tanda baca,adakah ayat itu salah dan jawapannnya adalah SALAH dalam konteks arahan?kenapa? terima kasih.

Puan Norsyariza,Berdasarkan ayat yang diberikan oleh puan, iaitu: Ayah, <u>bolehu> saya <u>tolong u>ayah mencuci kereta.   (1) Dalam menentukan jenis ayat ini, puan disarankan agar mengenal pasti jenis-jenis ayat  dalam bahasa Melayu. Ayat  bahasa Melayu  boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu  (i) ayat penyata, (ii)ayat tanya, (iii) ayat perintah dan (iv) ayat seruan.(i) Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal.  Contoh ayat: Abdullah sedang tidur.(ii) Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Contoh ayat: Siapakah orang itu?(iii) Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu suruhan, larangan, silaan dan permintaan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut:(i) Ayat suruhan (ii) Ayat larangan (iii) Ayat silaan  dan (iv) Ayat permintaan.  Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Contoh ayat: Keluar kamu dari bilik ini!.   Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contoh ayat: Jangan ambil harta orang.  Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Contoh ayat: Sila serahkan borang ke pejabat.     Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Contoh ayat: <u>Tolongu> tutup pintu itu. Ayat seruan ialah ayat yang disertai kata seru dan diakhiri dengan tanda seru (!). Contohnya: Aduh, sakitnya kepalaku!

    Berdasarkan ayat puan seperti di atas, maka jelaslah ayat ini merupakan  ayat permintaan. Hal ini demikian, kerana anaknya memohon permintaan untuk menolong ayahnya mencuci kereta.  Tambahan kata yang digunakan ialah "tolong".

 (2) Contoh ayat yang puan berikan ini tidak perlu diletakkan tanda tanya (?) kerana ayat ini bukan ayat tanya atau ayat seruan. 

Tatabahasa23.03.2009
salam sejahtera. Saya ingin memastikan adakah ayat-ayat berikutbetul atau sebaliknya. I) Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan. II) Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar dari rumah. III) Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh. IV Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit.

Kata yang bergaris telah dibuat pembetulan, manakala yang lain adalah betul.  

1. Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan.

2. Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar <u>daripadau> rumah.

3. Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh.

4. Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit.

Tatabahasa07.07.2008
1) Terangkan dengan lebih terperinci penggunaan perkataan sengkang. 2) Adakah penggunaan perkaatan sengkang yang mewakili (-) masih diguna pakai pada masa kini? 3) Maksud dash (-) dalam Basa Melayu.

1)    1)  Penggunaan tanda sengkang adalah seperti yang berikut:

i.  Kata ulang (contoh: anak-anak).
ii. Menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris.
iii.Memperjelaskan ungkapan (contoh: k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g).
iv.Merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil (contoh: hamba-Mu, pro-Malaysia).
v. Merangkaikan “ke” dengan angka (contoh: ke-25).
vi.Hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau istilah (contoh: alat pandang dengar).

Tanda sengkang yang digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan.

Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea (contoh: Segala impiannya – harta dan pangkat musnah akibat perbuatannya sendiri) atau menggantikan perkataan hingga, seperti Jun – September.

2) Tanda sengkang masih diguna pakai sehingga kini.

3) Maksud dash (-) dalam Bahasa Melayu ialah sengkang atau sempang. Sengkang dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tanda yang menceraikan suku kata dan lain-lain, sempang.

3)  

Lain-lain06.05.2020

Kembali ke atas